‘We Educate’

– Sharing  

Digital Marketing Malaysia – 4 Skil Marketing Utama yang Mesti Diperolehi

S.M.A.R.T.

Digital Marketing di Malaysia menjadi semakin rancak sejak 2020. Ditambah dengan penularan wabak Covid-19 menjadikan semua bisnes yang tidak dapat beroperasi dengan baik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan segala sumber yang ada untuk menjalankan pemasaran dan jualan di platform online dan digital.

Gerak kerja Digital Marketing di Malaysia sangat laju. Ini kerana terdapat pelbagai kemahiran, skil, platform dan tools yang perlu dikuasai untuk mendapatkan perhatian, engagement, dan conversion yang baik hasil dari digital marketing yang dijalankan.

HAS Production sendiri mula menceburkan diri dalam bidang Digital Marketing di Malaysia bermula 2016. Penghasilan video marketing merupakan satu usaha untuk membantu pemilik bisnes mencapai matlamat dalam bidang Digital Marketing di Malaysia.

Sepanjang kami menjalankan eksperimen, kami dapati bahawa penghasilan video marketing yang baik, belum tentu menjamin sebuah kejayaan kempen digital marketing yang dijalankan di Malaysia. Terdapat beberapa kemahiran dan skil lain yang mesti dikuasai agar digital marketing yang dijalankan lebih lengkap dan lebih memberikan impak.

Kami akan kongsikan 4 kemahiran utama yang perlu dikuasai agar digital marketing yang dijalankan lebih memberi impak.

1. PENGHASILAN VIDEO MARKETING

Penghasilan video mempunyai 1 tujuan utama iaitu menyampaikan maklumat. Video Marketing yang baik merupakan komponen penting dalam digital marketing di Malaysia kerana rakyat Malaysia kini, lebih cenderung untuk menonton video dalam mendapatkan maklumat dan informasi.

Mereka tidak cukup sabar untuk membaca artikel. Mereka tidak cukup sabar untuk menelaah infografik dalam bentuk visual dan poster. Dengan video, input dapat diproses secara visual dan auditory. Penghasilan video marketing yang mempunyai struktur yang baik mampu menyampaikan maklumat bisnes anda kepada penonton sasaran dengan baik, dan menimbulkan kepercayaan dan keinginan untuk membeli.

Terdapat pelbagai subskil yang perlu dipelajari jika ingin menghasilkan video marketing yang baik untuk kempen digital marketing di Malaysia. Ini kerana penghasilan video melibatkan penulisan skrip, penyediaan papan cerita, teknikal penggambaran dan suntingan video yang profesional.

Walaubagaimanapun, alternatif yang lebih mudah dan kos rendah tetap ada. Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk merekod dan menyunting video. Paling tidak, anda cuma perlu rekod dan upload.  Features live dan webinar juga boleh digunakan untuk mendidik prospek dan pelanggan. Yang penting penyampaian maklumat jelas dan lancar.

2. PENGURUSAN MEDIA SOSIAL

Siapa sangka, menguruskan media sosial adalah satu bentuk karier yang benar-benar wujud. Jika dahulu, melayan Facebook dilihat sebagai sesuatu perkara yang hanya dilakukan untuk bersosial. Kini, perkara ini menjadi suatu kewajiban bagi bisnes yang ada di Malaysia untuk menguruskan media sosial supaya bisnes lebih visible. Bisnes juga perlu bersosial!

Digital Marketing di Malaysia mempunyai progres yang sangat laju. Jika kita tidak cukup laju, maka kita akan ketinggalan. Media sosial bisnes perlu sentiasa dikemaskini dan sentiasa aktif. Segala inkuiri dalam bentuk komen dan personal message perlu dijawab dengan pantas. Isu semasa mesti ditunggang agar mesej brand lebih mudah sampai ke penonton sasaran.

Dalam pengurusan media sosial, perlu ada subskil seperti mereka grafik, menulis copywriting dan kemahiran khidmat pelanggan. Pengurusan media sosial juga memerlukan kita untuk sentiasa up to date dengan features semasa yang ada di media sosial. Sebagai contoh, jika dahulu, penghasilan video secara melintang, kini kita perlu mula biasa menonton video dengan orientasi menegak yang lebih mobile friendly.

Platform pengiklanan di Media Sosial seperti Facebook Ads, IG Ads, Youtube Ads, Tik Tok Ads, juga sangat penting untuk dikuasi agar mesej pemasaran sampai ke audien sasaran.

Rasa sesak nafas? Selamat datang ke Digital Marketing Malaysia!

3. FUNNEL MARKETING

Funnel Marketing merupakan satu proses, bagaimana kita lorongkan audien dari tahap strangers (tidak kenal bisnes kita) sehingga ke tahap mereka menjadi pelanggan VIP kita. Funnel Marketing merupakan kemahiran yang penting dalam digital marketing di Malaysia.

Saya bagi contoh mudah. Apabila kita menjalankan iklan Facebook, mereka yang tidak pernah kenal bisnes kita akan melihat iklan kita. Seterusnya, jika mereka berminat, kita akan bawa mereka ke tahap seterusnya iaitu mesej Facebook Page kita. Kini, mereka sudahpun masuk dalam database kita. Kemudian, kita akan sentiasa seeding konten sehinggalah mereka benar-benar bersedia untuk membeli. Mereka ini akan kita lorongkan ke whatsapp pula untuk tujuan jualan.

Flow Funnel Marketing ini berbeza mengikut stratergi dan sumber yang kita ada. Boleh jadi :

  1. Iklan > website > email marketing > e-commerce platform (jualan)
  2. Iklan > messenger > whatsapp > meeting 1 2 1.
  3. Iklan > website > apps
  4. Borang cabutan bertuah > email marketing/blast sms.
  5. Iklan > whatsaoo > Landing Page

Di sini, kita dapat lihat terdapat pelbagai subskil dalam menggunakan pelbagai tools yang ada untuk menguruskan funnel marketing. Email, Whatsapp, Telegram, Website, Messenger. . . semua ini anda perlu terokai agar anda dapat menghasilkan funnel yang paling sesuai untuk bisnes anda.

4. SEO MARKETING

Secara mudah, SEO Marketing merupakan salah satu kaedah Digital Marketing di Malaysia di mana anda meningkatkan ranking website anda di carian google secara organik. Kenapa penting SEO Marketing?

SEO Marketing adalah satu perkara yang agak jarang dibincangkan berbanding FB Ads. Ianya juga hanya boleh dijalankan apabila anda mempunyai website anda sendiri. Kelebihan SEO Marketing adalah anda capture orang yang mencari bisnes anda. Berbanding Facebook Ads yang mana iklan cari prospek, SEO Marketing menarik prospek yang mencari bisnes anda.

Dengan ini, anda berpotensi untuk mendapatkan klien yang lebih bersedia untuk mendapatkan servis dan produk dari anda. Mungkin anda boleh hubungi rakan stratergik kami di Bomstart untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana SEO Marketing boleh membantu mengembangkan bisnes anda. Klik di sini untuk mengetahui tentang SEO Marketing.

EKSPERIMEN SECARA KONSISTEN MERUPAKAN KUNCI UTAMA DIGITAL MARKETING DI MALAYSIA

Teknikal digital marketing malaysia mungkin tidak sukar untuk dipelajari. Walaubagaimanapun, apa yang saya pelajari sepanjang HAS Production menceburi bidang ini adalah bagaimana untuk menyelaraskan semua kemahiran, tools, dan platform yang ada, dan membina flow marketing online yang betul-betul berkesan dan memberikan impak. Inilah yang mengambil masa dan tenaga sebenarnya.

Apa-apapun, skil digital marketing di Malaysia merupakan satu perkara yang penting sekiranya anda ingin survive dalam dunia bisnes yang semakin mencabar ini. Gunakan semua sumber yang ada agar bisnes anda kekal releven.

Jika anda berminat untuk mengopi tentang digital marketing, mungkin kita boleh set meeting bersama? HAS Production kini menawarkan servis digital marketing (retaining program) di Malaysia yang lebih menyeluruh dalam 4 bidang utama iaitu videomaking, funnel marketing, social media admin dan SEO Marketing. Lebih menjimatkan berbanding mengambil pekerja baru kerana anda boleh dapatkan 9 tenaga pakar dalam satu harga yang berbaloi! Klik di sini untuk mengetahul lebih lanjut tentang retaining program HAS Production.

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA. . . 

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-12T18:30:31+08:00