‘We Educate’

– Sharing  

ML Studio editor’s sharing – Bagaimana ingin bina team media in-house untuk bisnes anda!

S.M.A.R.T.

Baru-baru ini, ada seorang CEO bertanyakan kepada saya bagaimana untuk membina team media untuk bisnes beliau. Mereka menyasarkan untuk membina satu team produksi video untuk menghasilkan 1 video konten baru setiap hari. Macam ML Studio tu!  Disebabkan pengalaman saya dengan HAS Production yang agak berbeza dengan sasaran penghasilan video mereka, saya bertanyakan kepada rakan karib saya iaitu Cikgu Ulwan yang bekerja di ML Studio sebagai editor mereka.

Umum mengetahui ML Studio merupakan satu platform perkongsian yang sangat aktif memuatnaik sejumlah video setiap hari. Kini, nama ML Studio menjadi sebutan sehinggakan sekiranya ada pihak yang nak buat video konten, mereka akan menyebut ‘Video ML Studio’. Kiranya ML Studio ni dah macam jenama Maggi. Orang tak cakap mee segera. Orang cakap Maggi.

So. . . ini jawapan sesi interview dengan beliau! Btw, sila subscribe channel Youtube beliau. Klik di sini!

DARI SUDUT KRU, SIAPA YANG PEMILIK BISNES PERLUKAN?

Untuk laksanakan unit media dan mencapai target seharian iaitu 1 hari 1 video, kita kena lihat 3 sudut iaitu:

CREW PRODUCTION

Crew Production mempunyai jobscope yang tertentu seperti Director, Director of Photography, Camera Operator, Production Manager dan sebagainya. Namun, dalam konteks bisnes dan juga mengambil kira faktor hendak kurangkan kos, jobscope ini boleh diambil oleh 1 orang yang sama.

Misal kata,
1. Director / Camera Operator
2. Editor / Gaffer / Grip
3. Art Director / Assistant Director

Di sini saya rekemen anda untuk hanya minimakan krew anda kepada 3 orang tetapi menggalas 2 jobscope bagi meminimakan bayaran upah krew iaitu:

  1. Director / Camera Operator
    – Membolehkan Director terus boleh mengawal visi visual yang dia nak tanpa berbincang dengan Director of Photography ataupun Camera Operator. Ini bukan sahaja menjimatkan duit, malah menjimatkan masa ketika shooting nanti.
    – Kadar upah: Sekitar RM 1000 – 2000 (bergantung kepada skala projek).
  1. Art Director / Assistant Directo
    – Membolehkan tugas assisting production bersama Director lebih lancar kerana kebiasaannya perbincangan berkaitan jobscope Art Director mengenai Wardrobe / Set Location akan dibincangkan bersama dengan Director juga. Cumanya, sekiranya sekiranya Assistant Director tidak mampu buat kerja Art Director, maka di sini boleh lah asingkan jobscope tersebut kerana Art Director memerlukan mindset dan skill yang unik.
    – Kadah upah: RM 1000 – 1500 (bergantung kepada skala projek).
  2.  Editor / Grip
    – Tugas editor kebiasaanya berjalan selepas proses Production ataupun shooting, maka editor boleh buat tugas Grip iaitu memastikan setiap alatan shooting lengkap dan tidak rosak apabila berlaku proses Production nanti.
    – Kadar upah: RM 1000 – 1300 (bergantung kepada skala projek).

EQUIPMENT APA YANG PERLU PEMILIK BISNES SEDIAKAN?

EQUIPMENT SHOOTING

Asas equipment shooting yang perlu ada ialah:

  1. Body Camera – 2nd hand sekitar RM 1000, 1st hand sekitar RM 2000.
  2. Lens Camera – harga sekitar RM 150 sehingga RM 3000, pilih mengikut kesesuaian production.
  3. Shotgun Mic / Clip Mic – lebih baik Clip Mic berbentuk wireless yang mempunyai 2 Transmitter kerana tidak perlu bergantung kepada Crew Audio, harga sekitar RM 500 hingga RM 2000.
  4. Tripod – harga sekitar RM 300 – 1500, lebih baik yang ada ‘Fluid Head’ kerana boleh buat movement Camera seperti ‘Panning’ dan ‘Tilting’ secara lancar dan kreatif.
  5. Elektronik Gimbal / Gimbal biasa – harga sekitar RM 300 – RM 2500, membantu Camera Operator dapatkan shot yang stabil dengan mudah.

EQUIPMENT EDITING

Asas equipment editing yang perlu ada ialah:

  1. PC / laptop
    – Spesifikasi yang paling penting adalah Processor yang mempunyai 4 core dan 8 thread dan ke atas, Harddisk jenis SSD (Solid State Drive), RAM sekurang-kurangnya 8gb dan minima VRAM pada grafik kad adalah 4gb.
  2. Card reader berkualiti
    – Digariskan ‘berkualiti’ adalah khuatir apabila sedang transfer file daripada Camera ke PC, berkemungkinan akan corrupt.
    – Digalakkan beli branded Card reader seperti model Transcend atau Orico.
  3. External Harddisk
    – External Harddisk lebih kurang 2tb sehingga 4tb.
    – Untuk memastikan storage kita mencukupi dan tidak bergantung kepada storage di PC / laptop.
    – Digalakkan untuk edit dalam External Harddisk supaya boleh edit di mana-mana PC / laptop sekiranya PC / laptop kita rosak.
    – External Harddisk jenis SSD lebih digalakkan untuk memastikan loading footage dan kelancaran editing namun harga SSD lebih kurang 1.5x lebih mahal daripada External Harddisk biasa.
  4.  Secondary Monitor
    – Monitor yang ke-2 khusus untuk meluaskan workspace editing.
    – Membolehkan pengurusan footage dan timeline editing lebih kemas dan efisyen.
    – Boleh gunakan apa-apa device seperti Portable Monitor / TV / Monitor PC dan pilih inci skrin mengikut keselesaan editor masing-masing.

APA SKIL DAN KEMAHIRAN YANG KRU TEAM MEDIA NI PERLU ADA?

Skill atau kemahiran yang staf atau Crew Production perlu ada ialah:

  1. ASAS PERINGKAT PEMBIKINAN VIDEO
    – Memahami asas PRE-PRODUCTION / PRODUCTION / POST-PRODUCTION.
    – Diutamakan peringkat pertama iaitu PRE-PRODUCTION kerana ianya merupakan tunjang utama mana-mana pembikinan video.
  2. KAEDAH MERANCANG SHOOTING VIDEO
    – Mengetahui bagaimana menguruskan waktu shooting.
    – Mengetahui bagaimana menguruskan kewangan pembikinan video.
    – Mempunyai skill asas Videografi seperti Camera Angle / Camera Movement / Alatan Shooting.
    – Mengetahui asas cara shooting dan berkomunikasi antara Crew dan pihak Pelakon.
  3. ASAS EDITING VIDEO
    – Setiap Crew digalakkan untuk ada asas video editing kerana ianya akan membantu untuk faham lebih jelas dengan jobscope yang sedang digalaskan.
    – Seperti contoh, Director yang mempunyai asas video editing akan tahu bahawa dia perlu shoot scene pada angle dan jangka masa sekian-sekian sahaja, membolehkan Crew Production jimat masa dan tidak membazir shot pada Camera.
  4. SKILL KOMUNIKASI
    – Skill umum dalam berkomunikasi antara Crew Production / pihak Pelakon / pihak Client.
    – Kerana setiap pembikinan video pasti akan ada situasi ’emergency’ seperti Pelakon jatuh sakit, di sini memerlukan komunikasi Crew Production bersama pihak Client bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
    – Perlu amalkan ‘critical transparency’ lebih-lebih ketika shooting seperti menegur Crew Production yang lewat, memberitahu Client ada sesetengah teknikal tidak boleh dilangsaikan atas faktor bajet dan sebagainya.

APAKAH SARANAN DAN NASIHAT KEPADA PEMILIK BISNES?

Secara asasnya majikan perlu sediakan 3 perkara ini iaitu:

  1. Kebebasan berkarya terutama kepada Director
    – Crew Production kebiasaannya sudah pun mempunyai idea yang gempak walaupun Client sendiri tidak bersetuju dan di sini, pihak management seharusnya meyakinkan Client tentang kerja-kerja Crew Production.
    – Majikan juga perlu pandai memberi bajet yang mencukupi dan tidak terlalu tinggi kepada Crew Production untuk memastikan hasil video baik pada masa yang sama boleh dapatkan untung untuk projek video yang seterusnya.
  2. Wellfare yang baik kepada Crew Production
    – Wellfare bermaksud makan, minum, emosi, cuti.
    – Majikan perlu pastikan makan dan minum setiap kali shooting adalah mencukupi iaitu 3 kali 1 hari (shooting 1 hari).
    – Cuti Crew Production seharusnya diberikan setimpal dengan kerja diberikan, sekiranya Crew Production bekerja 7 hari seminggu tanpa rehat, maka digalakkan esoknya beri cuti 1-2 hari bergantung kepada operating hour syarikat.
    – Sekiranya Crew Production sudahpun memohon Annual Leave 1 minggu lebih awal, hormati keputusan pekerja dan tidak memaksa untuk datang shooting walaupun projek video tersebut adalah emergency.
    – Sekiranya projek memerlukan workload ataupun working hour yang kritikal, maka digalakkan memberi bonus setimpal dengan workload tambahan.
  3. Sesi Post-Mortem antara Crew Production dan Management
    – Sesi mengutarakan segala salah silap ketika pembikinan video antara Crew Production dan Management.
    – Untuk memastikan projek video seterusnya berjalan dengan lebih lancar di samping menjaga hak-hak Crew Production dan Management secara adil.
    – Memastikan budgeting pembikinan video tidak kurang dan tidak berlebihan.

Artikel ditulis oleh : Ulwan Mokhtar a.k.a Cikgu Ulwan (Editor ML Studio)

Editor : Tuan Haz,

Creative Director,

HAS Production,

dimiliki oleh Outsoslah Sdn Bhd.

p/s : perkongsian dari beliau tidak mewakili pendapat dan pendirian kami di HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-07-03T15:34:41+08:00