‘We Educate’

– Consultation  

Selesaikan 3 Perkara Ini Dahulu Sebelum Menghasilkan Video Marketing

S.M.A.R.T.

Video Marketing merupakan satu tools marketing yang kini digunakan secara meluas oleh pemilik bisnes di Malaysia. Tidak dinafikan, kepentingan penggunaan video marketing dilihat begitu signifikan dalam mendidik pelanggan dan pasaran tentang bisnes yang dijalankan. Ini menjadikan ramai pemilik bisnes mula membuat keputusan untuk menghasilkan video marketing.

Kebiasaannya, pelbagai persoalan yang perlu dijawab ketika pemilik bisnes membuat keputusan. Video yang bagaimana perlu dihasilkan? Nak buat stail cerita ke.. atau stail infografik? Berapa kosnya? Bagaimana storynya? Macam mana nak buat buat video marketing yang betul-betul berimpak?

Untuk menyelesaikan kekusutan ini, apa kata anda jawab 3 persoalan ini dahulu?

1. APA RESULTS VIDEO MARKETING YANG ADA MAHUKAN? APA EXPECTATION ANDA?

Ini merupakan soalan pertama yang saya akan berikan kepada pemilik bisnes yang menghubungi HAS Production untuk menghasilkan video marketing. Ini kerana, setiap jenis, konsep dan struktur video yang akan kami cadangkan mengikut results yang anda mahu capai. Lain jenis, lain konsep, maka lainlah results yang akan anda capai. Kebiasaannya, berikut merupakan results popular yang pemilik bisnes mahukan.

  1. Jalankan brand awareness. Nak pastikan ramai orang kenal dengan bisnes yang dijalankan. (paling popular)
  2. Mahu tingkatkan sales. Nak tingkatkan sales menggunakan video. (paling popular)
  3. Menarik engagement dan bawa trafik ke website.
  4. Bina kepercayaan dan kredibiliti bisnes di mata pelanggan.

Bergantung kepada matlamat anda dalam marketing, kami akan cadangkan video yang spesifik. Secara umum, video akan dihasilkan mengikut 3 tujuan utama.

  1. Awareness – Video yang akan dicadangkan adalah video yang mempunyai potensi untuk viral, atau video yang mampu mencapai jumlah audien yang tinggi samada secara organik, atau menggunakan bantuan pengiklanan. Video sebegini kebiasaannya bersifat soft sales dan mempunyai maklumat produk/servis yang minimum.
  2. Sales/Conversion – Video sebegini mempunyai maklumat produk/servis yang padat dan hard sales. Tujuannya adalah untuk educate pelanggan dan pasaran tentang bisnes anda dan bagaimana untuk mendapatkan servis/produk anda. Struktur yang baik sangat penting agar pelanggan convert samada untuk membeli, atau klik iklan, atau pergi ke website.
  3. Branding/Education – Kempen branding mempunyai stratergi yang luas. Di dalam konteks pengasilkan video marketing, video branding merujuk kepada penghasilan video yang menunjukkan keunikan bisnes anda, dan kekuatan bisnes anda. Kekuatan boleh jadi dalam bentuk testimoni (pelanggan yang berpuas hati), atau video yang menunjukkan pasukan anda, atau kilang anda..dan pelbagai lagi untuk menunjukkan kehebatan bisnes anda berbanding pesaing.

“Dalam konteks kreativiti, konten video boleh jadi fleksibel untuk beberapa kempen”

Walaubagaimanapun, video marketing juga mempunyai fleksibiliti yang tersendiri. Sebagai contoh, video sales/conversion yang baik adalah video yang juga menekankan keistimewaan anda berbanding pesaing (branding positioning). Perkara ini akan kami kongsikan dalam artikel-artikel lain untuk membuka minda anda sedikit sebanyak tentang bagaimana video marketing ini berfungsi sebenarnya.

2. BAGAIMANA ANDA INGIN GUNAKAN VIDEO ITU NANTI?

Cadangan jenis video yang akan dihasilkan juga bergantung kepada bagaimana anda ingin menggunakan video ini nanti dalam kempen pemasaran anda. Cara guna yang berbeza, membawa kepada struktur dan konsep yang berbeza. Sebagai contoh :

  1. Video digunakan di dalam FB Ads atau Youtube Ads.
  2. Bahan sokongan semasa presentation/corporate pitching.
  3. Play video semasa meeting close sales.
  4. Digunakan sebagai konten follow up email/telegram/whatsapp.
  5. Dijadikan sebagai customer service di website.

Lain platform, lain cara guna, maka lainlah struktur video yang akan kami hasilkan. Mengapa berbeza? Saya berikan contoh mudah. Jika anda ingin menggunakan video di dalam platform FB Ads, kemungkinan besar struktur awal video akan menekankan tentang problem statement yang signifikan. Hal ini demikian kerana, kita cuma ada 5 saat sahaja untuk menangkap minat audien supaya mereka tonton sampai habis dan membuat pembelian.

Berbeza sekiranya anda menggunakan video ini untuk tujuan corporate pitching. Video sebegini lebih formal, dan presentable di mata klien korporat tetapi agak membosankan untuk digunakan dalam media sosial. Video yang digunakan untuk follow up klien yang sudah ‘hot’ dengan kita tidak perlu begitu padat kerana mereka sudah tahu banyak perkara tentang bisnes kita. Cukup dengan video-video testimoni, atau video tunjuk results sahaja, atau video cara guna.

Nampak tak? Lain padang, lain belalang.

Video untuk diletakkan di website lebih sesuai dihasilkan dengan struktur explainer dan bersifat menjual kerana audien yang datang ke website sememangnya ingin merisik dan buat study tentang bisnes anda. Sebut tentang website, website HAS Production ini dihasilkan oleh Rich Core Media. Kalau anda rasa website ini ohsem, boleh klik di sini untuk bina website bisnes anda pula.

3. BERAPAKAH BAJET KASAR ANDA?

Bajet merupakan satu perkara yang juga mengusutkan minda pemilik bisnes dalam penghasilan video marketing. Suka untuk saya ingatkan bahawa kos penghasilan video marketing tidak bergantung kepada durasi video. Ada video yang berdurasi 1 minit boleh menelan kos yang tinggi. Ada juga video yang berdurasi 30 minit memakan kos yang minimum.

Penghasilan video marketing bergantung kepada pelbagai faktor seperti harga tenaga pakar, jumlah kru teknikal dan talent, sewaan lokasi, pengangkutan, props dan pelbagai lagi. Semakin besar usaha yang diberikan untuk menghasilkan video, semakin besarlah pengerasnya. Harga video marketing juga bergantung kepada impak yang ingin dicapai.

Sebagai contoh, servis penghasilan video marketing oleh HAS Production bermula dari RM1500 sehingga RM30 000 (setakat ini) bergantung kepada jenis video yang ingin dihasilkan dan juga tambahan servis digital marketing lain. Jangan takut untuk survey, dan pastikan video marketing yang ingin dihasilkan boleh mencapai matlamat.

Sememangnya ada alternatif yang lebih menjimatkan kos. Tetapi kami percaya bahawa video yang baik dihasilkan oleh skil dan kemahiran yang profesional dan pengalaman dari penghasilan skrip sehinggalah ke peringkat suntingan video. Perlu diingatkan kembali bahawa setiap manfaat yang ingin diperolehi, pasti ada kosnya.

Anda juga pemilik bisnes. Jadi saya yakin anda faham dengan perkara ini.

APAKAH ‘TAKE AWAY’ YANG PERLU ANDA TAKE NOTE SEBELUM MENGHASILKAN VIDEO?

Penghasilan video menelan kos pelaburan. Jika tidak tinggi, ianya tetap satu pelaburan yang perlu dikeluarkan. Walaubagaimanapun, perlunya kita sebagai pemilik bisnes tahu secara umum, bagaimana video marketing berfungsi dalam kempen marketing yang dijalankan. Jangan nanti kita kecewa kerana salah meletakkan ‘expectation’ apabila menghasilkan video marketing.

Jawab dahulu 3 persoalan ini sebelum bermula. Jangan mulakan dengan bayangan cerita..atau rupa watak..atau babak lucu yang akhirnya tidak memberikan apa-apa impak dan hanya syok sendiri.

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA. . . 

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-16T19:40:11+08:00