‘We Educate’

– Sharing  

Online marketing Malaysia vs offline marketing Malaysia. Mana lebih power?

S.M.A.R.T.

Kalau power sangat online marketing di Malaysia ni . . .  kenapa buat iklan di radio? Kalau power sangat Facebook Ads, kenapa buat iklan bill board? Persoalan ini pernah ditimbulkan oleh netizen-netizen di Facebook tentang online marketing coach yang membuat pemasaran bengkel dan seminar mereka.

Persoalannya. . .

Adakah offline marketing lebih power berbanding online marketing di Malaysia?

TREND VIDEO DAN ONLINE MARKETING DI MALAYSIA

Pemasaran online mengikut pemerhatian saya, masih boleh dikategorikan sebagai baru di Malaysia. Saya masih ingat lagi kali pertama saya didedahkan kepada Facebook Ads sekitar 2013 oleh rakan saya yang membuat perniagaan online. Memang mahsyuk! Penggunaan video marketing di Malaysia pula saya lihat mula popular sekitar 2016. Juga tak sampai 5 tahun.

Bermula sekitar 2013, saya lihat sudah mula ramai peniaga membuat online marketing dan sales menggunakan Facebook. Ketika itu, penggunaan Facebook Ads masih lagi agak mudah berbanding Facebook Ads sekarang.

Boleh kata online marketing mula bertapak dan popular di Malaysia tak sampai 10 tahun. Walaupun begitu, perubahan dan perkembangan online marketing sangat laju dengan munculnya platfrom media lain seperti instagram, whatsapp, dan banyak lagi.

APA YANG MEMBUATKAN RAMAI PENIAGA MEMBUAT JUALAN ONLINE?

  1. Akses yang mudah : Lebih mudah nak buat iklan di media sosial kerana setiap dari kita boleh mengakses tools dan platform pemasaran online. Tidak seperti offline marketing, kita perlu berhadapan dengan pihak agensi untuk membuat pemasaran samada di billboard, radio, dan tv.
  2. Kos pemasaran yang rendah : Kita boleh buat online marketing hanya dengan RM10 sebagai permulaan. Tidak perlu komitmen tinggi sehingga ribuan ringgit walaupun memang ada yang mengeluarkan sehingga jutaan ringgit untuk pemasaran online.

Video Marketing di Malaysia juga mula popular kerana akses yang mudah dan kos yang lebih rendah berbanding pasukan produksi tradisional yang memerlukan equipment yang mahal, dan tenaga kerja yang profesional dan otai.

MANA YANG LEBIH BAIK PULANGANNYA? ONLINE ATAU OFFLINE MARKETING?

Dalam sesi konsultasi kebiasaannya saya tidak akan mengatakan bahawa online marketing lebih baik. Bergantung kepada bajet, sasaran pelanggan dan matlamat kempen, platform online marketing dan offline marketing memberikan results yang cukup berbeza.

Walaubagaimanapun, ramai yang gagal untuk melihat online marketing dan offline marketing sebagai satu bentuk pemasaran yang perlu dijalankan serentak dan selari.

INTERGRASI OFFLINE DAN ONLINE MARKETING DI MALAYSIA

Pada pendapat saya, offline marketing masih lagi menduduk carta yang lebih tinggi untuk mendapatkan reach yang maksimum. Dengan kos yang lebih besar, capaian iklan TV, radio atau billboard boleh mencecah sehingga ratusan ribu dan jutaan audien.

Walaubagaimanapun, online marketing lebih efektif untuk menapis audien, dan mengumpulkan database untuk tujuan sales. Apabila anda sudah mendapat database mereka, anda boleh menghantui hidup mereka dengan iklan, pengumuman dan perkongsian dari bisnes anda kepada mereka.

Proses jualan lebih mudah apabila anda sudah mempunyai sejumlah database. Sebagai contoh, jika anda mempunyai apa-apa promosi dan tawaran meleleh baru, anda boleh terus sampaikan maklumat tawaran kepada mereka samada melalui email marketing, atau tools2 broadcast yang lain.

Di sini, kita boleh lihat bagaimana offline dan online marketing saling melengkapi.

FUNNEL MARKETING DARI OFFLINE ADS PLATFORM KEPADA ONLINE PLATFORM.

“Kos mendapatkan 1 pelanggan baru lebih tinggi dari kos mengekalkan pelanggan sedia ada”

Peraturan ini juga terpakai untuk senarai database yang kita dapat. Walaupun database itu percuma, tetapi proses untuk kita mendapatkan nombor telefon dan email memerlukan satu tahap kepercayaan yang tinggi untuk pelanggan berikan kepada kita.

Oleh itu, penting untuk  kita sentiasa kumpul, dan simpan database ini untuk meningkatkan jualan bisnes kita. Bukan sekadar simpan, gunakan database ini sepenuhnya untuk pemasaran online akan datang. Boleh klik di sini untuk membaca artikel : Digital Marketing Selangor : Cara Guna Database.

Jadi, apabila anda menjalankan kempem pemasaran secara offlne seperti iklan TV, radio, bill board atau pemasangan banting sekitar premis, pastikan Call to Action iklan memberikan arahan jelas untuk mereka pergi ke online platform kita. Dari situ, susun funnel marketing agar mereka yang hadir ke online platform memberikan database mereka kepada kita. At least, kita grab email mereka.

Sama juga jika anda buat sistem langganan di premis retail anda. . . ataupun anda membuat cabutan bertuah di restoran anda menggunakan resit.. pastikan ada call to action yang jelas agar mereka memberikan database mereka di platform online.

Berikan tawaran istimewa sebagai contoh kupon diskaun. . .ebook percuma. .  sampel percuma dan pelbagai lagi agar mereka sudi memberikan maklumat mereka kepada kita.

Mudah nak buat marketing lagi selepas ini.

ELEH. . . . TAKYAH LAH OFFLINE MARKETING NI. SEKARANG SEMUA ONLINE!

Yup. Bergantung kepada nature dan stratergi bisnes anda. Cuma, saya percaya apabila bisnes anda sudah mencapai satu peringkat, nak tak nak anda akan menambah offline marketing ini dalam kempen pemasaran anda. Sebab bisnes anda akan sentiasa menggemuk dan laparkan pelanggan baru. Saya doakan!

Artikel disediakan oleh :

Tuan Haz

Creative Director

HAS Production

dimiliki oleh

Outsoslah Sdn Bhd

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-07-30T00:14:33+08:00