‘We Educate’

– Consultation  

Video Awareness – Video apa perlu dihasilkan terlebih dahulu?

S.M.A.R.T.

“Kenapa nak buat video awareness ni? Apa matlamat yang tuan nak capai?”, tanya saya apabila memberikan khidmat nasihat dalam bidang video marketing.

Ini merupakan soalan lazim yang wajib saya berikan supaya saya tahu, apa expectation sebenar yang mereka mahu capai dengan penghasilan video. Jika tidak ditanya, lain yang dia harapkan, lain yang kita faham, lain pula results video marketing ni nanti.

“Begini tuan. bisnes saya masih baru. Saya nak buat video viral, untuk kempen awareness bisnes saya! Sebab apa-apa hal pun, awareness kita kene buat dulu”, jawab prospek.

“Memang betul. Visibiliti adalah step utama untuk mendapatkan jualan. Beri orang nampak kewujudan bisnes kita dahulu.

“Apa bayangan bentuk video tuan itu nanti?”, ada satu perkara yang saya perlu pastikan sebelum mencadangkan jenis video yang tepat.

“Saya nak buat video macam Kokom tu. atau. . . nak buat video macam iklan petronas. .  . iklan TNB. . . orang suka video sebegini.”

“Memang betul. Video sebegitu memang tujuannya untuk kempen brand awareness. Video berbentuk filem pendek dan drama pendek ni memang mampu menjentik emosi dan mempunyai potensi viral yang tinggi”.

Cuma!

Ada satu perkara besar yang membezakan bisnes beliau dan Petronas dan TNB.

Jawapannya, Petronas dan TNB orang dah kenal.

Bisnes beliau, orang tak kenal!

BRAND AWARENESS BIG BOYS TAK SAMA DENGAN AWANG KENIT

Setiap bisnes akan melalui fasa mendidik pelanggan dan pasaran tentang apa yang mereka jalankan. Untuk jenama-jenama besar yang sudah bertapak lama, mereka tidak perlu beritahu audien bahawa mereka ini menjalankan bisnes sekian sekian.

Orang dah tahu dah mereka semua ni buat apa!

Beza jenama mereka dan jenama bisnes prospek yang saya jumpa tadi adalah jenama prospek ini orang tak kenal. Orang nampak logo, tapi orang tak tahu logo itu jual produk apa, dan apa keistimewaannya.

Bisnes dan jenama yang baru, perlu menjalankan kempen untuk ‘educate’ pelanggan dan pasaran, siapa mereka, dan mengapa perlu memilih mereka.

Sebab itu game big boys tak sama dengan game bisnes kenit seperti kita. Kempen Brand Awareness kita sebenarnya sangat berbeza dengan kempen brand awareness yang big boys ini jalankan.

Di Malaysia, apa yang Petronas, TNB, dan jenama/bisnes/organisasi jalankan melalui video perayaan atau hari istimewa mereka lebih kepada kempen Brand Recall.

Mereka nak orang sentiasa ingat dan mesra dengan jenama mereka. Mereka tak perlu susah payah nak beritahu mereka ni buat apa. Oleh sebab itu, pendekatan kempen brand awareness mereka lebih kepada untuk orang ‘ingat kembali’ atau sentiasa ingat tentang jenama mereka.

VIDEO SALES JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BRAND AWARENESS CAMPAIGN

Matlamat utama kempen brand awareness adalah memberitahu orang bahawa bisnes anda wujud. Walaubagaimanapun, kempen sebegini boleh pergi dengan lebih mendalam sehingga ke tahap mendapatkan jualan.

Penggunaan video sales yang menerangkan tentang produk atau servis dalam kempen brand awareness bukan sahaja membuatkan orang nampak akan kewujudan bisnes, tetapi mereka juga akan belajar dan faham tentang kesitimewaan bisnes kita. Hal ini demikian kerana video sales, mempunyai penerangan mendalam tentang produk dan servis.

Walaubagaimanapun, video sebegini hanya perlu wujud kepada segmen pelanggan yang tepat. Hanya pelanggan sasaran sahaja yang akan ‘aware’ dengan bisnes mereka. Video sales mempunyai potensi viral yang rendah kerana orang tak suka share video iklan keras. Oleh sebab itu, perlunya integrasi penggunaan platform pengiklanan yang tepat agar video sales ini wujud di kalangan pelanggan sasaran sahaja.

APA LAGI YANG PERLU ANDA CONSIDER?

Terdapat beberapa perkara lain yang perlu anda pertimbangkan apabila anda ingin menggunakan video viral untuk tujuan brand awareness berbanding video sales.

  1. Video viral mempunyai potensi rendah untuk melakukan jualan, melainkan produk yang anda jual tidak memerlukan komitmen bayaran yang tinggi seperti produk makanan (mengikut pengalaman HAS Production).
  2. Video viral kosnya tinggi. Penghasilan video berbentuk filem pendek dan drama pendek menggunakan tenaga kerja yang besar dan proses penghassilan yang lebih rumit.
  3. Video viral boleh mencapai reach yang maksimum. Walaubagaimanapun, pelanggan saasran anda tidak semestinya nampak video anda. Berbanding video sales, dengan pengiklanan yang baik, dia akan wujud di kalangan pelanggan sasaran. Potensi besar untuk buat duit dahulu.
  4. Video viral untuk awareness sememangnya untuk awareness. Skrip dan struktur video jualan jauh berbeza. Lain struktur, lain resultnya.
  5. Jika brand tak cukup dikenali, yang viral cumalah video. Orang akan lupa dengan jenama anda. Perkara ini juga berkait rapat dengan screentime produk/jenama anda yang sangat minimum dalam penceritaan. Boleh jadi yang viral adalah produksi video itu dan bukan bisnes anda.

RUMUSAN?

Brand Awareness tidak semestinya perlu gunakan video viral. Ketahui tahap bisnes anda dan kenalpasti, apakah prioriti anda.

Jika bisnes anda masih baru, saya cadangkan fokus buat video untuk educate pasaran dan pelanggan tentang bisnes anda dahulu. Video sebegini boleh bantu anda buat duit dan video sebegini releven selagi bisnes anda wujud dan tak lingkup di pasaran.

Rugi jenama anda viral, tetapi orang tak cukup kenal dengan brand anda. Akhirnya mereka akan lupa dengan brand anda walaupun video anda viral.

Anda boleh membaca satu artikel yang ditulis oleh pelanggan kami, Tuan Firdaus Johari tentang Thermometer Perniagaan. Beliau ada berkongsi results video viral untuk kempen brand awareness yang tak ramai sanggup share. Klik di sini untuk membaca artikel Termometer Perniagaan sekarang.

Memang ada cara untuk video viral ini memberikan impak yang mendalam dan convert kepada sales. Perkara ini akan saya kongsikan dalam artikel seterusnya!

Artikel oleh :

Tuan Haz

Creative Director

HAS Production,

dimiliki oleh Outsoslah Sdn Bhd.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-07-02T02:54:04+08:00