‘We Educate’

– Case Study  

Video Convert Sales – Apa yang perlu anda ketahui untuk dapatkan impak seperti ini?

S.M.A.R.T.

Video yang convert kepada sales merupakan satu makam video yang paling tinggi di antara jenis-jenis video yang ada. Ini kerana, video sebegini merupakan satu idaman kesemua pemilik bisnes yang  mahukan pulangan kepada pendapatan bisnes setelah mengeluarkan sejumlah kos untuk penghasilan video.

Selama kami bergelumang dalam hiruk pikuk penghasilan video marketing, terdapat beberapa ciri-ciri yang dapat dikesan di antara video convert sales yang dilaporkan membawa impak yang besar terhadap jualan. Perkara ini akan kami kongsikan dalam artikel ini.

Ini merupakan case study kami, hasilkan 4 tahun menghasilkan pelbagai video marketing daripada kempen viral awareness sehinggalah kempen explainer dan sales. Video yang kami hasilkan ini khusus untuk tujuan membantu meningkatkan jualan dan bukan untuk tujuan-tujuan lain seperti awareness, branding dan lain-lain. Cuma, jika anda ingin hasilkan video viral untuk kempen awareness, anda boleh klik di sini untuk membaca artikel ‘Bagaimana Menghasilkan Video Marketing Viral

1. SEGMEN PELANGGAN YANG JELAS DI AWAL VIDEO.

Ini antara video convert sales yang kami hasilkan untuk klien kami iaitu Celik Al-Quran. Apa yang mereka lakukan adalah mencipta satu modul mengaji Al-Quran dari zero (tak kenal huruf) sehingga dapat membaca Al-Quran bertajwid dengan lancar. Khusus untuk orang dewasa sahaja! Boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Video ini dilaporkan memberi impak terhadap jualan modul secara online oleh Ustaz Syukur. Dengan video ini, direkodkan sebanyak 100% peningkatan jualan berbanding bulan sebelumnya (tanpa menggunakan video). Video ini digunakan di dalam iklan Facebook Ads.

Apa yang menarik, conversion rate leads yang masuk oleh team sales meningkat dari minimum 30% kepada 60%-80%. Ini bermakna, prospek yang menghubungi mereka untuk membeli modul, adalah prospek yang lebih berkualiti, dan lebih bersedia untuk membeli.

Bagaimana perkara ini terjadi?

Antara faktor yang membezakan video convert sales dengan video lain adalah segmen pentonton yang jelas dinyatakan di awal video. Watak utama (avatar pelanggan ideal) menyatakan bahawa :

“aku ni malu sangat sebab tak reti mengaji. . . anak 4 tahun pun dah pandai mengaji”

“aku malu. . . takut nanti orang pandang rendah dekat aku. . .”

“bukannya budak kecik. . . dah tua dah. . .”

“Kadang-kadang aku rasa berdosa sangat. . . “

“Nanti kalau aku mati. . . .”

“Payah. . . sibuk dengan urusan sana sini. . .”

“Nak kenal huruf pun susah. . .  berbelit-belit. . .”

Di dalam video ini, kami menapis audien dengan persoalan-persoalan di atas yang sememangnya menjadi igauan yang benar-benar meresahkan jiwa orang dewasa yang tidak pandai mengaji.

Dengan cara ini, video ini hanya akan menarik segmen pelanggan yang mempunyai persoalan berikut untuk mentonton video convert sales ini.

Faktor ketakutan ini juga akan menjadi pendorong untuk mereka terus menoton video ini untuk mendapatkan solusi dan jawapan.

2. KONTEN YANG BERSTRUKTUR DAN TERSUSUN

Susunan maklumat yang ingin disampaikan perlulah jelas dan padat. Informasi yang perlu disampaikan mestilah teratur agar audien boleh hadam poin-poin penting.

Kebiasaaanya, struktur video akan disusun dengan cara berikut :

Masalah > solusi > ciri-ciri > kelebihan > manfaat > call to action

  1. Problem statement – Masalah yang dihadapi / ‘ketakutan’ audien sasaran.
  2. Solusi – Pengenalan produk dan servis.
  3. Ciri-ciri – Spesifikasi produk / apa yang ditawarkan dalam servis.
  4. Kelebihan – Apakah nilai baik yang diberikan oleh ciri-ciri  produk/servis yang dinyatakan.
  5. Manfaat – Kesan positi dan perubahan yang pelanggan boleh kecapi apabila mendapat kelebihan yang dinyatakan melalui ciri-ciri produk/servis yang diberikan.
  6. Call to Action – Bagaimana untuk menghubungi bisnes anda. Bahagian ini boleh dikecualikan bergantung kepada bagaimana video ini digunakan di dalam iklan.

Contoh flow konten yang ada dalam video Sajada Porthopedic seperti berikut :

Sakit lutut ketika sujud (Masalah) > Memperkenalkan Sajada Porthopedic (Solusi) > NBR Foam / tebal 15mm (ciri-ciri) > menyerap tekanan (kelebihan) > keselesaan solat  15 kali ganda (manfaat)

Apabila informasi yang disusun teratur, klien mudah faham tentang produk/servis anda. Mereka lebih percaya untuk membeli!

Hasilnya, video ini merupakan antara video convert sales di mana conversion rate menintkat kepada minimum 50% dengan peningkatan sebanyak 500% sales selepas menggunakan video.

3. SISTEM SOKONGAN PENGIKLANAN

Video Convert Sales memberikan impak yang berbeza dengan video marketing viral. Berbanding video viral yang boleh mencapai reach dan jumlah tontonan maksimum, video convert sales tidak akan viral dan bertambah jumlah tontonan dengan sendiri. Anda boleh klik di sini untuk membaca artikel : Mengapa Video Lebih Mudah Viral di Platform Facebook. Dengan artikel ini, anda boleh nampak, bagaimana video marketing viral, mencapai reach yang tinggi di platform Facebook.

Video di atas kami hasilkan untuk klien kami Study Germany. Kami juga menjalankan Funnel Marketing menggunakan video tersebut dengan bajet RM6000 untuk tempoh sebulan.

Hasilnya? Close Sales 30 orang pelanggan dalam tempoh 2 bulan marketing dengan nilai RM900 000. Sepanjang proses pengiklanan, pelbagai split test dijalankan untuk menentukan iklan yang paling efektif dan membawa pulangan.

Bagaimana sekiranya Facebook Ads tidak dijalankan?

Jika mereka hanya muatnaik video ini, kemungkinan besar tiada tontonan yang akan dijana kerana video hard sales sebegini hanya boleh menarik perhatian pelanggan sasaran sahaja.

RUMUSAN – VISIBLE > FAHAM > PERCAYA > BELI

Video convert sales tidak lain dan tidak bukan membantu jualan dari sudut berikut :

  1. Menapis audien/prospek yang berkualiti untuk menghubungi bisnes anda.
  2. Membantu memberikan pemahaman yang jelas supaya pelanggan sasaran berminat untuk mendapatkan produk/servis.
  3. Meningkatkan kepercayaan dengan untuk melihat iklan, dan menghubungi bisnes anda.

Inilah dapatan post mortem video convert sales dari kami.

Moga maju jaya kami ucapkan untuk anda!

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA . . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-12T18:35:36+08:00