‘We Educate’

– Case Study  

Bagaimana Menghasilkan Video Marketing Viral

S.M.A.R.T.

Video Marketing Viral saya lihat digunakan secara meluas oleh pemilik bisnes di platform media sosial sekitar akhir 2016 ke atas. Ia bermula dengan video-video viral berbentuk cerita, filem pendek dan drama yang dihasilkan oleh Cocombees Studio. Saya perasan akan trend ini kerana pada masa itu, saya sendiri masih tercari-cari bagaimana untuk berpindah ke bidang video marketing. Saya lihat, bidang wedding dan event videography merupakan satu bidang yang banyak saingan dan tidak mempunyai potensi yang tinggi untuk saya kembangkan bisnes saya. (Ini pandangan saya ketika itu lah).

Pada akhir 2016, jenama HAS Production dibina untuk memulakan bisnes baru. Jenama baru, team baru, semuanya baru. Cuma, video yang macam mana kami nak tawarkan kepada pemilik bisnes? Video yang ditawarkan mestilah memberikan impak kepada perkembangan bisnes klien. Sejak itu, saya mula perasan akan kewujudan Cocombees Studio dengan video marketing viral lucunya di platform Facebook. Di akhir 2016 juga, saya mula menelaah dan mengkaji, apa sebenarnya yang membuatkan video mereka begitu viral dalam tempoh masa yang singkat.

PENCAPAIAN VIDEO PERTAMA SEBAGAI PORTFOLIO

Oleh itu, kami pun mula menghasilkan video marketing viral kami pertama untuk mempromosi bisnes kami sendiri di platform Facebook . .  dan alhamdulillah, menjadi! Video berjudul Karipap Oksigen ini viral dalam tempoh kurang seminggu dengan capaian 1 juta tontonan di Facebook HAS Production. Selepas menghasilkan video marketing viral kami yang pertama, nak dipendekkan cerita, kami dapat berjumpa dengan Mr. Kokom di studionya. Jadi, ada beberapa tips yang beliau kongsikan untuk menghasilkan video marketing viral. Tips ini kami akan kongsikan di  dalam artikel yang akan datang.

Cara menghasilkan video marketing viral ini khusus digunakan untuk mempromosi bisnes di platform Facebook. Untuk pengetahuan anda, Facebook merupakan satu-satunya platform media sosial yang mana kita boleh ‘kawal’ dan ‘jangka’ bagaimana nak pastikan video marketing viral yang dihasilkan mencapai sasaran. Klik sini untuk membaca artikel : Mengapa Video Lebih Mudah Viral di Platform Facebook.

KENAPA HAS PRODUCTION TAK FOFULAR WALAUPUN BANYAK BUAT VIDEO VIRAL?

Apa yang akan kami kongsikan dalam artikel ini adalah ‘results’ dari pengalaman hampir 4 tahun kami menghasilkan video marketing viral secara ORGANIK. Apa yang membezakan kami dan produk-produksi lain adalah kami menghasilkan video marketing viral dan muatnaik video tersebut di Facebook Page klien dan bukan Facebook Page HAS Production. Ini kerana apa yang kami mahukan adalah klien yang  viral. Bukan HAS Production yang viral. (dan mungkin sebab tulah brand HAS Production tak berapa fofular berbanding team produksi lain. . .)

Kenapa saya ingin tekankan perkara ini?  Ini kerana, saya nak beritahu yang jumlah like, dan jumlah follower Facebook Page bukan penjamin video itu akan viral. Kami pernah menghasilkan video marketing viral untuk Facebook Page Eduvasia (kini Firdaus Johari) yang ketika itu hanya mempunyai 12 like dan 13 follower. Selepas menghasilkan video marketing viral, jumlah like dan followers page tersebut meningkat kepada 5k+ dan 6k+ dalam tempoh 5 hari. Video marketing viral yang kami hasilkan berjudul Cikgu Merajuk, dan mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh 2 1/2 hari di platform Facebook. Siap masuk Buletin Utama lagi.

By the way, views  yang kami perolehi melalui video yang dihasilkan adalah secara ORGANIK tanpa FB Ads.

Jadi, jom kita move on kepada isi kandungan! (maaf lah kalau panjang sangat intro)!

1 . TENTUKAN DAHULU SIAPA AKAN ‘SHARE’ VIDEO KITA

Untuk menghasilkan video marketing viral, kita perlu tentukan dahulu siapa yang akan bantu ‘share’ video kita. Mereka yang akan share video kita adalah penonton lapisan pertama yang perlu kita sasarkan terlebih dahulu. Mereka inilah yang akan menjadi tentera siber yang akan kongsikan dan viralkan video kita kepada lebih ramai penonton.

Bagaimana untuk pastikan mereka ini share dan viralkan video yang kita muatnaik?

  1. Penonton sasaran mestilah watak utama dalam video – Anda boleh lihat portfolio-portfolio video marketing viral HAS Production. Kebanyakkan watak utama yang kami pilih adalah avatar pentonton sasaran. Ini penting untuk memastikan cerita yang disampaikan, ‘relatable’ dengan mereka. Bila mereka boleh ‘relate’ watak utama dengan kehidupan mereka, lebih mudah untuk mereka share video marketing viral yang kita hasilkan.
  2. Penonton sasaran mesti kalah di awal video, dan menang di akhir vide0 – Emosi merupakan faktor penting untuk menghasilkan video marketing viral. Seperti point pertama, penonton = watak utama. Di dalam penceritaan, mereka perlu rasa sakit hati dahulu. Ini penting supaya mereka akan tonton video sehingga habis. Sebagai contoh, di awal video, watak utama akan disindir, dimarah, dicemuh, atau terperangkap dalam situasi yang tidak menyebelahi mereka. Di akhir video pula, mereka pula akan menang dan mendapat balasan baik.
  3. Mesej akhir mesti menyebelahi pentonton sasaran – Mesej cerita mestilah memihak kepada penonton sasaran. Bila mereka rasa ‘menang’, mereka akan bersetuju dengan mesej video dan akhirnya, akan share video kita kepada rakan-rakan lain.

Cuba tonton video marketing viral di atas. Kami sasarkan kaum isteri sebagai pentonton sasaran utama yang akan bantu kami viralkan video ini. Lihat bagaimana kami manipulasi emosi kaum isteri untuk bantu share video ini. Akhirnya suami mereka menjadi mangsa. Video ini dimuatnaik di Facebook Page Utami Village (kini sudah tutup). Hasilnya? 2 juta views dalam tempoh 2 hari sahaja!

2. UMPAN THUMBNAIL DAN COPYWRITING 

Thumbnail Video dan copywriting juga penting untuk mengumpan netizen untuk klik video kita terlebih dahulu. Jika video kita muncul di wall Facebook mereka, tetapi mereka tidak klik, segalanya akan sia-sia sebab bila mereka tidak klik > tidak tonton sampai habis > tidak share. Jadi, copywriting dan thumbnail mestilah digunakan sebaiknya sebagai umpan.

  1. Copywriting dan Thumbnail mesti relate dengan penonton sasaran – Gambar thumbnail video tidak semestinya perlu direka dengan teknik skil graphic design yang power. Thumbnail yang baik perlu menjentik emosi penonton sasaran dan trigger rasa kalah tu terlebih dahulu. Gambar thumbnail boleh digunakan se’simple’ screenshot dialog yang menyakitkan hari pentonton sasaran. Begitu juga dengan copywriting. Letakkan copywriting yang membuatkan penonton sasaran rasa kalah atau tak setuju terlebih dahulu. Boleh jadi copywriting ini diambil dari dialog antagonis. Ini boleh eksperimen.
  2. Jangan letak tajuk video – Tajuk video tidak sepatutnya digunakan dalam copywriting dan thumbnail jika Tajuk video itu tidak menjentik emosi seperti yang saya terangkan sebelum ini. Tak perlu guna peribahasa, atau ayat bombastik bermadah dan klasik. Jika rasa sakit hati dan kalah itu tiada, segalanya tidak berguna.
  3. Eksperimen copywriting dan thumbnail video – Jangan takut untuk sentiasa ubah 2 perkara ini sepanjang kempen video. Dalam 1 – 7 hari pertama video dimuatnaik, kami akan lihat perkembangan terkini tontonan. Jika sendu, 2 perkara ini kita boleh ubah dahulu dan viralkan semula.

3. SHARE, SHARE DAN SHARE (NAMA PUN VIDEO MARKETING VIRAL)

Part menghasilkan video marketing viral dah selesai. What’s Next? Sharelah video tu. Ada beberapa cara bagaimana kita boleh dapatkan engagement yang maksimum.

  1. Share dalam Facebook Group – Jangan pandang rendah kepada method ini. Rajin-rajinkan diri untuk share video di dalam Facebook Group sebanyak mungkin pada hari pertama video diupload. Video yang baru diupload perlu mendapatkan engagement yang maksimum supaya Facebook akan terus memberikan lebih banyak engagement mengikut algoritma yang ditetapkan. Semakin tinggi capaian video, semakin tinggi jumlah audien yang berpotensi untuk bantu viralkan lagi video yang dihasilkan.
  2. Inter-platform share Sharing – Jangan malu untuk minta rakan-rakan share di whatsapp, dan juga platform-platform lain. Anda juga boleh menggunakan email marketing sebagai alat untuk broadcast video anda kepada database sedia ada. Anda boleh klik sini untuk belajar ‘Email Funnel Hacking’.
  3. Facebook Ads Game untuk menghasilkan video marketing viral tidak sama seperti dahulu. Kalau dahulu, nak capai 1 juta views tu mudah, kini, ianya lebih sukar. Perlu juga untuk guna Facebook Ads untuk membantu meningkatkan engagement Facebook ke audien sasaran. Walaubagaimanapun, konten yang baik, pasti akan mengurangkan kos iklan yang akan dibayar. Pengalaman kami menghasilkan video viral untuk klien kami Facebook Kopi Kaya HQ, video tersebut berjaya capai 500k views dalam tempoh 1 bulan, dengan kos FB Ads tidak sampai RM200 sebulan. Inkuiri tentang produk juga mendapat sambutan baik.  Boleh tonton video di bawah. Ini adalah contoh video viral yang menggunakan iklan yang minimum, tetapi masih memberikan impak yang baik.

RUMUSAN – MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN SAMADA VIRAL ATAU SEBALIKNYA. . .

Menghasilkan video marketing viral ini bukan sesuatu yang mudah. Sepanjang 4 tahun kami berkecimpung dalam dalam video marketing, terdapat banyak video yang kami sasarkan untuk viral, tetapi jumlah tontonan tidak seberapa. Ada video yang kami tidak jangka boleh viral, tetapi boleh capai 1 juta views tanpa kami share pun video tersebut.

Semua ini terjadi kerana terdapat beberapa faktor luaran lain yang memberikan impak terhadap results video marketing viral yang kita hasilkan. Faktor-faktor ini kami kongsikan dalam artikel blog berjudul ‘5 Sebab Kenapa Jumlah Tontonan Video Marketing Viral Sendu’ yang anda wajib tahu untuk menjalankan kempen Brand Awareness menggunakan video’.

Eksperiman berjaya dan gagal itu ada. Dari pengalaman tersebut, kami kongsikan dalam 3 point sahaja untuk artikel kali ini.  Insyaallah, kami akan kongsikan faktor-faktor viral lain di dalam artikel-artikel seterusnya.

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA . . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-12T18:34:34+08:00