‘We Educate’

– Consultation  

Video Production Malaysia – Struktur Video Sales

S.M.A.R.T.

Video Production Malaysia – Struktur Video Explainer & Sales perlu dihasilkan mengikut strukturnya yang tersendiri. Konten yang disusun perlulah jelas, agar penonton memahami bagaimana produk/servis yang anda tawarkan membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka.

Kebiasaannya, aspek kreativiti penghasilan video sebegini bukanlah sesuatu yang diutamakan. Kita tidak perlu cerita yang bombastik, atau plot twist, atau unsur humor untuk dimasukkan ke dalam video. Apa yang penting adalah maklumat-maklumat yang perlu pelanggan ketahui agar mereka rasa perlu untuk membeli.

Perlu diingatkan sekali lagi, video jenis explainer & sales memang boring. Video penuh dengan maklumat produk/servis, direct to the point, dan tidak akan viral dengan sendiri. Ianya perlu disokong oleh pengiklanan agar video ini sampai ke pelanggan sasaran.

Jangan risau. Boring tidak mengapa. Tidak semua yang perlu tonton  video kita. Kenapa? Kerana tidak semua perlu membeli produk kita!

Jadi, maklumat apa yang perlu diletakkan dalam video ini? Nak susun bagaimana? Perkara inilah yang akan dikongsikan oleh Video Production Malaysia, HAS Production yang menduduki tangga ke-10 production paling hot di Malaysia! (self claim).

Kenapa no.10? Kerana orang lain semua nak jadi nombor 1.

1. PROBLEM STATEMENT

Problem statement merupakan perkara pertama yang perlu diletakkan di awal video. Problem statement yang baik dapat menapis penonton yang berpotensi menjadi pelanggan sasaran kita, atau sebaliknya. Anda mempunyai 3-10 saat sahaja untuk menarik perhatian mereka. Jika problem statement yang anda berikan, relatable dengan masalah yang mereka akan hadapi, maka mereka akan terus menonton video anda sehingga habis. Jika tidak, mereka akan berhenti menonton.

Oleh sebab itu, anda boleh mensasarkan semula (retargeting) iklan kedua produk/servis anda kepada orang yang sudah pun menonton video anda lebih dari 50%. Mereka yang mentonton video anda lebih dari 50% kemungkinan besar mempunyai relation yang tinggi dengan bisnes anda. Kenapa? Kerana dia berminat untuk tonton lebih 50% atau tonton sehingga habis. Siapa lagi yang akan tonton video explainer & sales anda yang boring kalau bukan mereka yang benar-benar mempunyai masalah untuk diselesaikan oleh bisnes anda?

Problem statement juga boleh diberikan dalam bentuk fear/ketakutan.

Sebagai contoh, jika anda jual produk pelebat rambut, sudah tentu masalah yang ingin diselesaikan adalah rambut gugur. Cuma, adakah ianya cukup untuk menarik perhatian pelanggan sasaran?

Problem statement yang baik, adalah problem statement yang spesifik.

Apakah kesan buruk dari rambut gugur? Bergantung kepada kesan buruk, pelanggan sasaran juga akan jadi berbeza.

  • Awek malu dating dengan BF rupa macam orang tua – Orang bujang dan muda mungkin akan tertarik dengan produk anda.
  • Tak konfiden nak jumpa klien dan rakan sekerja – Orang bisnes atau golongan profesional mungkin akan berminat dengan produk anda.
  • Husband suka isteri rambut panjang tapi  – Golongan isteri mungkin berminat untuk membeli.

Jadi, siapakan yang anda ingin sasarkan untuk membeli produk/servis anda? Pilihlah problem statement yang tepat!

2. F > A > B : Ciri-ciri > Kelebihan > Manfaat

Features, Advantages dan Benefit merupakan perkara kedua yang anda perlu letakkan selepas memperkenalkan produk dan servis anda di dalam video. Apa yang penting adalah bagaimana anda hubungkait ciri-ciri, kelebihan dan manfaat produk/servis anda agar audien dan pelanggan sasaran anda faham.

  • Ciri-ciri : Unsur zahir produk/servis anda.
  • Kelebihan : Apa kelebihan unsur zahir produk/servis anda berbanding pesaing.
  • Manfaat : Apa yang akan pelanggan nikmati dari kelebihan yang dinyatakan.

Setiap ciri-ciri, mempunyai kelebihan tersendiri. Kelebihan tersebut akan memanfaatkan pembali dari sudut tertentu. Susun maklumat ini dengan baik agar penonton boleh nampak hubungkait 3 maklumat ini. Saya berikan contoh dalam jualan minyak rambut :

  1. Ciri-ciri : mempunyai super menthol (ingredient)
  2. Kelebihan : Rasa sensasi sejuk yang lebih tahan lama.
  3. Manfaat : Rasa lapang kepala untuk beriadah di siang hari.

Manfaat boleh diberikan dalam bentuk motivasi, impian dan harapan. Belilah smartphone X. Mempunyai kamera dengan 100 megapixel (ciri-ciri), memberikan gambar yang lebih sharp (kelebihan), dan mampu menjadikan wajah anda cantik dan mendapat sejuta followers (manfaat/harapan/impian) di media sosial.

Pemilihan manfaat yang berbeza juga akan menarik pelanggan sasaran yang berbeza walaupun dengan ciri-ciri dan kelebihan yang sama. Saya berikan contoh manfaat lain dengan smartphone X yang ciri-ciri 100 megapixel tadi :

  1. Album gambar anak-anak dan lebih cantik : Ibu bapa akan berminat untuk membeli.
  2. Tak perlu beli kamera yang sangat mahal : Blogger atau vlogger mungkin berminat untuk membeli
  3. Wajah flawless di media sosial : Ini orang perempuan yang suka melawa di media sosial mungkin berminat untuk membeli

Jika penonton gagal untuk nampak manfaat produk. Mereka tidak akan membeli. Pernah dengar tak ayat berikut?

“Kita tak jual produk. Kita jual impian dan harapan”

3. CALL TO ACTION

Call to action juga penting agar arahan yang jelas diberikan untuk mendapatkan produk/servis anda. Tanpa arahan yang jelas, sukar untuk pentonton video membuat keputusan dan langkah seterusnya.

Kebiasaannya, maksimum 2 call to action diberikan supaya penonton fokus. Terpulang samada anda ingin memberikan arahan untuk melayari website, atau klik butang, atau swipe up, komen sekian-sekian. Jika anda mempunyai call to action yang spesifik, nyatakan dengan jelas. Sebagai contoh, “klik link di bawah, dan masukkan kod promosi YYY untuk mendapatkan harga tudung promosi!

Elemen ‘urgency’ juga penting untuk dinyatakan untuk membuatkan pentonton rasa rugi tak buat call to action sekarang. Walaubagaimanapun, kempen marketing yang dijalankan mestilah tersusun dalam satu tempoh tertentu. Elemen ‘urgency’ ini tidak semestinya perlu diletakkan di dalam video. Anda boleh nyatakan elemen ini melalui copywriting atau gambar thumbnail video jika bersesuaian.

RUMUSAN?

Pemilihan maklumat perlulah mengikut struktur dan prioriti. Produk anda mungkin boleh selesaikan 1001 masalah. Walaubagaimanapun, penghasilan video marketing yang baik memerlukan kita untuk menekankan 1 masalah utama sahaja. Pilih, dan fokus untuk susun konten video dengan masalah utama yang ingin diselesaikan.

1 video, 1 masalah, 1 segmen penonton/pelanggan. Jika banyak sangat masalah, penonton akan keliru. Pengiklanan juga akan hilang fokus. Akhirnya kita tidak tahu nak post mortem kempen di bahagian mana.

Terima kasih kerana memberikan komitmen untuk membaca artikel Video Production Malaysia – Struktur Video Sales ini!

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

Video Production nombor 10 di Malaysia.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-15T13:55:31+08:00