5 Cara Buat Video Marketing Yang Boleh Meningkatkan Bisnes Anda

Apakah kepentingan video marketing terhadap bisnes anda?

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan video marketing dan juga cara membuat video yang berkesan!

Teruskan membaca!

Kenapa Perlu Tahu Cara Buat Video Marketing Yang Berkesan?

1. Video Meningkatkan Keberhasilan Jualan

Video sepatutnya dianggap sebagai pelaburan. Menyertakan video ke dalam laman web anda mampu meningkatkan keberhasilan penjualan produk sebanyak 80%!

Jika dibandingkan dengan iklan bertulis, gaya penyampaian video yang menarik semestinya mampu untuk menarik lebih banyak pengunjung untuk melihat produk.

2. Video Membantu Menaikkan Kadar Interaksi Terhadap Email Kempen Pemasaran

 

Menyertakan video ke dalam sebarang email kempen pemasaran juga mampu untuk mempengaruhi seseorang untuk membuka dan berinteraksi dengan email tersebut. 

Tambahan pula, penyampaian tentang cara pengunaan produk atau kefahaman produk melalui video juga dapat memberikan impak yang lebih besar berbanding penyampaian secara bertulis. 

3. Video Menjadi Pilihan Enjin Cariancara buat video

Kebanyakkan enjin carian juga akan memilih konten yang berbentuk video berbanding bertulis untuk diberinteraksi dengan pengunjung.

YouTube yang merupakan enjin carian kedua terbesar selepas Google membuktikan keberkesanan pengunaan video untuk berinteraksi dengan pelayar internet.

4. Video Mudah Tersebar

Selain itu, zaman ini merupakan zaman viral di mana sebarang video yang menarik akan dikongsikan sesama pengguna social media. Gunakan peluang ini untuk viralkan produk anda!

5 Cara Buat Video Berkesancara buat video

Sudah terbukti bahawa video dapat memberikan impak yang sangat positif terhadap pemasaran sesuatu produk. Jadi, bagaimanakah cara membuat video marketing yang terbaik?

Terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian dalam proses membuat video. Hal ini kerana, keseimbangan tarikan dan informasi perlu dijaga dengan baik.

Tambahan pula, cara buat video yang akan dikongsikan ini adalah sangat mudah untuk difahami!

1. Menyertakan Demo Dan Tutorial

Ada masalah menyampaikan cara penggunaan produk anda? Sertakan konten cara penggunaan produk anda ke dalam video marketing.

Video demo dan tutorial ini dapat membantu pelanggan sebelum dan selepas mendapatkan produk anda.

  • Sebelum membeli produk anda, sebarang persoalan tentang produk akan terjawab.
  • Selepas membeli produk, pelanggan yang tidak tahu cara menggunakan produk anda juga dapat merujuk video tersebut untuk menggunakannya.

2. Buat Jadual Postingcara buat video

Anda mahu tahu apa yang lagi baik dari video pemasaran? Jawapannya adalah dua atau lebih dari satu video pemasaran! 

Cara buat video yang terbaik adalah dengan dengan merangkakan segala konten anda lebih awal. 

Kemudian, anda perlu merancang masa untuk melancarkan posting tersebut kepada penonton.

Anda boleh mula dengan merangka jalan cerita asas untuk menyampaikan kelebihan produk anda. Kemudian pecahkan jalan cerita tersebut kepada beberapa bahagian. 

Penonton akan menjadi lebih tertarik jika anda konsisten dalam mengeluarkan video-video baru. Anda disarankan untuk membuat posting tentang perkembangan produk anda setiap minggu.

  • Mempunyai idea video yang jelas untuk setiap posting.
  • Mempunyai jadual posting video yang konsisten.

3. Tonjolkan Personaliti Yang Menawan

Tujuan utama membuat video adalah untuk menyampaikan informasi dengan cara yang lebih menarik kepada penonton. Jadi, elakkan video yang membosankan.

Bagaimanakah cara untuk mengelak video yang membosankan? Anda boleh menunjukkan personaliti yang menarik di dalam video anda supaya ia tidak kelihatan datar dan membosankan.

Anda juga boleh menggunakan peluang ini untuk menonjolkan kelainan yang ada pada bisnes anda! 

4. Tambah Penglibatan Penonton Dalam VideoSelain daripada suka menonton, penonton juga pastinya suka melibatkan diri mereka dalam video itu sekali. Jadi apa salahnya menjadikan mereka watak utama untuk video tersebut!

Perkara ini akan membantu video anda disebarkan dengan lebih mudah. Penonton yang terlibat dalam video itu pastinya akan kongsikan video tersebut kepada kawan dan keluarga mereka. 

5. Beri Panduan Cara Berinteraksi Dengan Bisnes Anda

Apa perlu penonton lakukan selepas menonton video anda? Jika mereka berminat dengan produk anda, bagaimana cara untuk berinteraksi?

Persoalan ini dapat diselesaikan dengan meletakkan pautan website anda di dalam diskripsi video. Anda boleh juga meletakkan ID media sosial bisnes anda supaya mereka dapat mengikutinya.

Anda juga boleh meletakkan pautan untuk video-video anda yang lama untuk memastikan penonton dapat informasi yang menyeluruh tentang bisnes anda.

  • Sertakan cara untuk hubungi pihak anda.
  • Sertakan pautan ke website anda.
  • Sertakan pautan ke video lama anda.

Kesimpulannya, video pemasaran dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran bisnes anda. Melabur untuk video pemasaran adalah tindakan yang bijak untuk perkembangan bisnes anda.

Anda menghadapi masalah dalam menghasilkan video berkualiti tinggi untuk bisnes anda? Perlukan bantuan untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak untuk video pemasaran anda? 

Kami sarankan anda untuk hubungi HAS Production!

HAS Production merupakan sebuah produksi video yang telah banyak menghasilkan video yang 100% berkesan meningkatkan hasil jualan produk.

Berpegalaman dalam menghasilkan video untuk berbagai jenis organisasi termasuk syarikat koprat, persendirian dan juga agensi kerajaan membuktikan keberkesanan servis mereka.

Mereka akan membantu membuatkan bisnes anda menjadi kekal releven pada masa akan datang. 

Penguasaan ilmu penghasilan video berkualiti tinggi untuk audien yang berbangsa Melayu membuatkan mereka pilihan yang terbaik untuk bisnes yang disasarkan kepada pasaran Malaysia.  

Like page kami di Facebook

 

Klik Di Sini Untuk Dapatkan Konsultasi Has Production 

2022-01-11T12:20:33+08:00