Cara Mudah Edit Video Yang Anda Boleh Buat Sendiri Untuk Bisnes Anda

Nak belajar cara edit video dengan sendiri?

 
Kini, salah satu strategi pemasaran yang paling banyak digunakan adalah melalui video. Oleh itu, kepakaran edit video ini sangat diperlukan pada masa sekarang.

Kajian membuktikan bahawa pemasaran melalui video membawa keuntungan yang tinggi.

Tetapi, membuat video online boleh memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Dan disebabkan banyak bisnes telah membuatnya, untuk menghasilkan video yang menonjol dan menarik minat pelanggan juga merupakan satu cabaran.

Tetapi bukanlah mustahil.

Ikuti tips pemasaran melalui video ini untuk mengetahui cara mudah edit video untuk bisnes anda!

 

Tips Edit Video Yang Akan Meningkatkan Imej Bisnes Anda

cara edit video

Menghasilkan video yang seimbang maklumat profesional dan kandungan hiburan memang mencabar.

Tetapi jika dilakukan dengan betul, anda akan dapat hasil yang memuaskan. 

  • Durasi pendek

Manusia mempunyai jangka masa perhatian yang rendah dan ianya terbukti apabila munculnya aplikasi seperti Instagram dan TikTok.

Jadi tips yang pertama yang anda perlu beri perhatian adalah untuk memastikan video anda tidak terlalu panjang.

Elakkan adegan banyak bercakap kosong kerana ia boleh menyebabkan penonton cepat bosan.

Sebaliknya, tunjukkan grafik yang menarik atau adegan yang menghiburkan. 

  • Letakkan bahagian terbaik di hadapan

Kalau jangka masa perhatian saja sudah pendek, apatah lagi jangka masa untuk menarik perhatian penonton untuk menonton video anda. 

Memang lagi pendek!

Penonton akan tentukan sama ada mereka ingin menonton sesuatu video atau tidak hanya dengan melihat beberapa saat pertama klip video anda.

Jadi, anda perlu pastikan anda meletakkan bahagian terbaik di hadapan untuk menarik penonton menonton sampai ke hujungnya.

  • Kenali demografi penonton anda

Seperti setiap pelan bisnes, anda perlu kenali demografi pengguna anda terlebih dahulu.

Bukan sahaja anda dapat menarik audiens yang betul, anda juga dapat menjimatkan masa banyak pihak. 

Apabila anda sudah kenal pasti demografi penonton anda, anda perlu membuat kajian video yang bagaimana menarik minat mereka. 

Dengan maklumat demografi ini, anda juga boleh edit video bersesuaian kepada medium pemasaran yang anda gunakan.

  • Reka bentuk video

Setiap video perlu ada reka bentuk yang menarik untuk menunjukan bisnes anda memberi perhatian kepada nilai estetik sehingga ke perincian kecil. 

Video yang mempunyai nilai seni yang menarik adalah lebih mudah melekat dalam ingatan penonton.

Secara tidak langsung, video yang telah diedit dengan reka bentuk yang baik menunjukkan nilai kompeten bisnes anda. 

Jadi anda perlu pastikan grafik dalam video anda mudah difahami dan diingati oleh penonton. 

  • Muzik dan emosi

Semasa anda edit video anda, anda perlu tahu yang muzik mengubah segalanya dalam sesuatu video.

Setiap jenis muzik berkait dengan emosi dan pemilihan muzik untuk video anda akan menentukan emosi yang anda ingin penonton rasakan.

Pemilihan muzik yang betul boleh menyebabkan penonton sentiasa teringatkan video anda dan mampu menjadi ‘trademark’ untuk bisnes anda. 

 

Cara Edit Video

cara edit video

Sekarang ini, cara edit video sangat mudah untuk dipelajari. 

Tetapi anda perlu tahu beberapa tips yang penting untuk edit video yang ramai abaikan. 

  • Jangkaan realistik

Sebelum anda memulakan edit video, anda perlu pastikan jangkaan untuk hasil video anda adalah realistik.

Tips ini penting untuk anda menentukan jenis kamera untuk rakaman dan jenis software editing yang anda gunakan.

Bayangkan anda sudah merakam video menggunakan kamera dengan resolusi tinggi tetapi komputer dan software anda tidak mampu menampungnya. 

Kan sudah buang masa? 

Jadi, anda perlu pastikan anda telah memikirkan hasil video anda sebelum anda mulakan rakaman dan sesi edit lagi. 

  • Peraturan 3-2-1

Bayangkan anda sedang edit video dan mendapat tahu rakaman original anda hilang, rasanya boleh jadi gila dibuatnya. 

Peraturan ini mengelakkan daripada perkara itu berlaku.

Rakaman anda perlu ada tiga salinan, sekurang-kurangnya di dua tempat yang berbeza, salah satunya di tempat lain selain daripada komputer yang anda gunakan untuk edit video.

Sentiasa pastikan anda simpan video yang anda edit dan pastikan ada ‘backup’ sekiranya apa apa berlaku semasa anda mengedit video.

Sebaiknya gunakan servis backup online seperti Googe Drive.

  • Jangan takut mencuba

Edit zaman sekarang bukanlah macam dahulu yang terikat pada memotong dan menyambung rakaman sahaja.

Banyak benda yang anda boleh tambahkan pada video anda. 

Jadi, jangan terlalu terikat pada sesuatu templat dan cuba benda baharu untuk menghasilkan video anda sekreatif yang boleh. 

Tidak ada formula yang tetap dalam mengedit video. 

  • Warna video

Edit video bukan sahaja untuk menentukan kelajuan dan penyusunan rakaman tetapi untuk mendapatkan warna yang betul untuk video anda. 

Pastikan warna video anda mempunyai konsistensi adalah penting supaya video anda sedap mata memandang.

  • Edit secara bersederhana

Ya, efek dan transisi memang menarik tetapi video yang terlalu banyak efek dan transisi mampu mengganggu perhatian penonton.

Tetapi, ini bukannya bermakna anda tidak boleh menjadi kreatif dan mencuba semua perkara yang edit software anda tawarkan.

Cuma, pastikan efek dan transisi anda kena pada tempatnya.

Kesimpulannya, edit video yang berkesan untuk pemasaran amatlah penting agar anda dapat memasarkan bisnes anda. 

Jika anda mempunyai masalah menghasilkan video yang berkualiti tinggi dan memerlukan bantuan meningkatkan tontonan video pemasaran anda, melaburlah untuk video anda.

Salah satu tempat yang anda boleh melabur dan mendapat pulangan yang memuaskan adalah HAS Production. 

HAS Production berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis video termasuklah video korporat, persendirian dan agensi kerajaan. 

Banyak video hasil daripada HAS Production telah menunjukkan 100% keberkesanan dalam meningkatkan hasil jualan produk!

Video yang dihasilkan akan membantu bisnes anda untuk kekal relevan pada masa akan datang.

HAS Production sangat sesuai untuk pasaran Malaysia kerana mereka mempunyai penguasaan ilmu penghasilan video berkualiti untuk audien berbangsa Melayu. 

Dapatkan Konsultasi HAS Production sekarang!

 

2021-05-20T14:41:19+08:00