Hasilkan Video Portfolio yang Menarik Untuk Bakal Majikan!

Sedarkah anda tentang betapa pentingnya penghasilan video portfolio dalam membantu anda mencari kerja? 

Ia merupakan cara yang terbaik bagi mempamerkan hasil-hasil kerja anda yang terdahulu kepada bakal majikan dan ia boleh dihasilkan dalam beberapa bentuk.

Contohnya adalah video, gambar, buku, laman web dan lain-lain. 

Mari kita lihat kelebihan-kelebihan yang anda boleh perolehi dengan menghasilkan video portfolio serta perkara-perkara penting yang anda perlu sertakan di dalamnya.

 

Definisi Video Portfolio

merakam video portfolio

Video portfolio merupakan satu platform bagi seseorang mengumpulkan koleksi-koleksi kerja yang telah mereka lakukan sebelum ini. 

Portfolio ini kebiasaanya dilampirkan dalam satu laman web khas untuk memudahkan ramai pihak membuat rujukan serta mendapat gambaran mengenai kepakaran anda.

Kini, bentuk dan cara video dihasilkan telah berkembang dan boleh dipamerkan kandungannya dalam pelbagai bentuk sama ada bertulis atau audio.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang membuat portfolio dalam bentuk showreels kerana ia dianggap lebih sesuai untuk menonjolkan lagi kretiviti mereka.

Tambahan pula, video portfolio juga berkesan untuk meningkatkan imej anda sebagai pekerja profesional kepada bakal majikan.

 

Elemen Penting Di Dalam Video Portfolio

mengedit video portfolio

Jadi, apakah perkara-perkara penting yang perlu ada dalam video portfolio anda?

 

  • Muzik atau audio latar belakang

Dengan memasukkan muzik latar, video portfolio anda akan menjadi lebih menarik. 

Ia juga merupakan cara yang baik untuk memberi kehidupan dan emosi yang bersesuaian kepada penonton. 

Namun, pastikan audio yang dipilih sesuai dengan portfolio dan menggambarkan ciri-ciri profesional anda.

Contohnya, bagi agensi pemasaran yang ingin mempamerkan hasil kerja mereka dengan hebat menggunakan video portfolio, muziknya mestilah ceria untuk menarik perhatian penonton.

Namun, untuk video produk kecantikan, nada muzik atau audio latar yang digunakan perlulah lebih perlahan. Ini adalah untuk membuat penonton berasa lebih tenang dan relaks.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan suara sendiri sebagai narasi latar belakang untuk menerangkan lebih lanjut tentang apa yang dipaparkan di skrin.

Walau apa pun muzik dan audio yang anda gunakan, pastikan kualiti bunyi adalah terbaik. 

 

  • Montaj imej dan grafik

Video Portfolio anda boleh disertakan dengan pelbagai grafik atau imej yang berkaitan dengan bidang profesional seperti templat kerja, reka bentuk atau mockup anda.

Jangan fikir imej-imej tersebut kurang menarik untuk disertakan bersama. Hal ini dapat memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu info dalam video portfolio anda. 

 

  • Kategorikan video anda 

Pastikan anda membahagikan video tersebut kepada beberapa kategori yang berlainan. 

Ini adalah penting terutamanya bagi agensi pemasaran. Anda perlu susun video dengan menambahkan subseksyen yang berbeza di dalamnya. 

Dengan ini, video portfolio anda akan tampak lebih teratur dan senang untuk difahami. 

Contohnya, setiap subseksyen boleh digunakan untuk menerangkan satu projek dengan lebih mendalam. 

Cara ini adalah lebih teratur berbanding daripada menggabungkan semua di dalam satu kategori.

Percayalah, video anda akan jadi lebih mudah untuk diikuti.

 

Pentingnya Ada Video Portfolio dalam Dunia Pekerjaan

video portfolio dalam dunia pekerjaan

  1. Dapat mempamerkan kerja anda dengan cara yang profesional 

Dengan membina website tentang pengalaman kerja, anda dapat mempamerkan kepakaran anda kepada orang lain terutamanya dengan bakal majikan. 

Ini akan memberi banyak manfaat apabila anda ingin memohon kerja. 

Video portfolio anda yang kreatif sudah tentu dapat menarik perhatian bakal majikan untuk membawa anda ke peringkat seterusnya dalam proses pelantikan pekerja.

Bukan itu sahaja, berbeza dengan portfolio tradisional, anda dapat berkongsi video portfolio anda dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa. 

 

  1. Memberi persepsi yang baik kepada bakal majikan

Jika anda melampirkan video korporat anda di media sosial seperti LinkedIn, pasti lebih ramai orang akan klik untuk melihat kandungan video anda. 

Lebih baik lagi sekiranya video anda dilawati oleh bakal-bakal majikan yang sedang ingin mencari pekerja. 

Mereka pasti rasa kagum dengan kerajinan dan kemahiran anda dalam menghasilkan video korporat yang berkualiti dan kreatif.

Ini akan membuatkan anda lebih menonjol daripada calon-calon yang lain seterusnya memudahkan lagi proses pemilihan anda sebagai pekerja mereka.

Oleh itu, jangan malu untuk menampilkan sampel kerja anda serta pembentangan atau apa-apa projek lalu yang telah anda lakukan dalam video korporat anda.

 

  1. Video meningkatkan keterlihatan anda di internet

Apabila pengguna internet terutamanya Google mencari nama anda, portfolio profesional anda muncul secara automatik pada salah satu hasil carian pertama.

Ini memudahkan lagi bakal majikan untuk mengenal anda dan bidang kepakaran anda.

 

  1. Video sangat efektif untuk semua platform 

Seperti yang diterangkan di atas, anda perlu gunakan kemudahan sosial media sebaik mungkin kerana ia sangat efektif bagi penyebaran maklumat termasuk video portfolio anda.

Oleh itu, pastikan anda memformat video anda agar ia sesuai untuk semua platform seperti Facebook, Instagram, LinkedIn dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, banyak kelebihan yang anda akan dapat dengan menghasilkan video portfolio terutama sekali ia sangat membantu dalam proses mencari kerja.

Jadi macam mana? Sudah bersedia untuk menghasilkan video portfolio anda sendiri? 

Segeralah hubungi HAS Production untuk memudahkan penghasilan video korporat yang berkualiti tinggi!

hasproduction logo

Anda akan mendapat pulangan yang memuaskan kerana mereka sangat berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis video yang akan menjamin peningkatan tontonan video anda!

Bukan sahaja video korporat, mereka juga sedia membantu anda dengan pelbagai jenis video lain termasuklah video komersial dan juga video gaya hidup.

Tambahan pula, banyak hasil video dari HAS Production telah menunjukkan keberkesanan 100% dalam meningkatkan hasil jualan produk!

Video yang dihasilkan telah berjaya membantu perniagaan kekal relevan pada masa yang berpanjangan.

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi mereka sekarang!

Hubungi HAS Production sekarang!

2022-02-11T09:15:14+08:00