Video Viral Bagus Untuk Marketing Di Malaysia? 4 Taktik Yang Sering Digunakan

Video viral di Malaysia bagus untuk bisnes anda?

Kita selalu dengar orang kata ‘seribu gambar bernilai seribu perkataan’, kan?

Tapi, Forrester Researcher mengatakan bahawa video berdurasi seminit boleh bernilai sampai 1.8 juta perkataan! 

Jadi, tak hairanlah bila banyak syarikat telah beralih ke video marketing kerana idea yang kompleks dengan mudahnya diterangkan dengan video.

Tapi tak semua video boleh menarik ramai pembeli, atau dalam konteks bisnes, pelanggan dan bakal pelanggan.

Lainlah kalau video viral.

Jadi, kali ini, kita akan meneroka topik video viral dan bagaimana nak buat video viral yang boleh membantu bisnes anda.

Bagaimana Ia Boleh Membantu Bisnes Anda?

video viral malaysia

Permintaan kandungan visual sememangnya sudah meningkat terutamanya dengan adanya platform-platform yang membolehkan kita kongsi video dengan mudah.

Menurut laporan Social Media Marketing 2018, video merupakan kandungan sosial yang kedua paling popular.

Hal ini kerana elemen visual dan audio video lebih cenderung menarik perhatian orang ramai.  

Terdapat jangkaan yang pada akhir tahun depan, hampir 80% trafik web akan berdasarkan video.

Hal ini akan menyebabkan lebih ramai pelanggan akan mencari video dalam marketing mana-mana syarikat.

Untuk memahami perkara ini, anda kena tahu dulu apa itu viral advertising atau pengiklanan viral?

Viral marketing merupakan tindakan mencipta kandungan atau ‘content’ yang mendorong perkongsian organik dalam kalangan pelanggan anda.

Video viral akan tersebar luas, menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan.

Viral marketing bergantung pada satu komponen pemasaran iaitu pemasaran mulut ke mulut atau ‘word-of-mouth marketing’.

Dengan kata lain, video viral adalah unik kerana pelanggan akan melakukan iklan untuk anda dengan berkongsikan video viral tersebut dan bercakap tentangnya. 

Secara tidak langsung, ia membantu bisnes anda menjadi lebih terdedah, dikenali dan berkembang.

Persoalannya, bagaimana anda mengubah video biasa yang standard menjadi sebuah video yang berpotensi untuk viral?

Teruskan membaca untuk mengetahui 4 taktik video viral yang selalu kita nampak di Malaysia dan anda boleh aplikasikannya dalam video anda!

4 Taktik Video Viral Yang Sering Kita Nampak Di Malaysia

Nak viralkan video ni boleh jadi susah, boleh juga jadi senang.

Tapi kalau anda ikuti 4 taktik ini, anda akan berpeluang melihat video anda mencecah ribuan penonton!

  • Tawaran Menarik 

video viral malaysia

Video tawaran menarik merupakan salah satu kempen bisnes secara langsung contohnya tawaran potongan harga sebanyak 70% dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari sahaja.

Kebiasaannya, page-page besar yang mempunyai pengikut yang ramai tidak akan bantu mempromosikan video yang mempunyai elemen tawaran menarik secara percuma.

Jadi anda perlu bayar tetapi jika anda mempunyai tawaran lain daripada yang lain dan boleh mendatangkan engagement tinggi daripada pengikut mereka, mungkin mereka akan pertimbangkan.

Walaupun ia menjadi salah satu cara yang paling sukar untuk viral, jika anda mempunyai produk/servis yang banyak permintaan, ia takkan jadi masalah. 

Cadangan kami, gunakan iklan atas talian berbayar untuk promosikan video tawaran menarik anda. 

  • Informasi

Jika video anda mempunyai informasi yang unik dan membantu ramai orang, pastinya mudah saja nak viral. 

Pastikan video anda mempunyai informasi yang selaras dengan bidang bisnes, servis atau produk anda.

Pasarkan pada group dan hantar pada media internet yang mempunyai banyak pengikut.

Anda juga perlu pastikan dalam video anda mengandungi kredit pada anda, kalau tak sia-sia saja kalau pelanggan tak tahu dari mana datangnya video tersebut.

Walaupun berinformasi, pastikan jalan cerita menarik dan mudah faham supaya lebih menarik perhatian penonton.

  • Kontroversi

Kalau anda perasan, banyak video kontroversi yang viral kerana sudah menjadi norma netizen ramainya sukakan perkara yang mudah dikutuk, hina dan komen.

Video yang mengandungi perkara di luar tabii normaliti atau kesalahan orang lain akan menyebabkan lebih ramai bercakap tentangnya sekaligus menjadikannya viral.

Sebelum orang berhenti bercakap tentang video viral anda, pastikan anda menyediakan video damage control untuk mengembalikan reputasi bisnes anda.

Tapi anda perlu berhati-hati dengan taktik ini kerana jika reputasi menjadi terlalu buruk, damage control anda mungkin tidak akan berjaya.

Taktik ini berisiko tinggi tetapi sangat berkesan dan paling mudah nak viral.

  • Emosi

Selain daripada kontroversi, netizen juga suka video yang bermain dengan emosi terutamanya video yang kelakar atau menyentuh hati.

Antara tips yang boleh anda ikuti adalah:

  • Pastikan jalan cerita anda jelas dan sampai pada penonton. Anda nak video anda kelakar, menyentuk hati atau dua-dua?
  • Pastikan brand bisnes anda jelas supaya penonton tahu dari mana datang video itu dan pastikan juga mereka tahu apa yang anda tawarkan dalam video anda.
  • “Call To Action” mesti jelas dalam video. Maksudnya, mereka tahu nak klik apa lepas tengok viral video atau nak ke mana untuk mendapatkan produk/servis anda.

Post video dengan taktik ini dan viral nampak mudah tetapi tak semua orang ada masa dan bakat untuk buat video kelakar atau menyentuh hati. 

Jadi kami cadangan untuk dapatkan servis buat video daripada syarikat-syarikat produksi yang bagus.

Kelebihannya adalah syarikat produksi mempunyai peralatan yang lengkap, pelakon dan krew rakaman yang berpengalaman serta video editor dan penulis skrip.

Jadi, anda hanya tinggal bagitahu video bagaimana yang anda nak dan selebihnya mereka yang buat.

Sesetengah pemilik bisnes merasakan harga servis ini adalah mahal tetapi anda kena fikirkannya sebagai satu pelaburan.

Dengan satu video viral yang berkualiti tinggi, imej brand anda akan terpahat dalam minda pelanggan anda.

Jadi dekat mana anda nak melabur ni?

Salah satu tempat yang anda boleh melabur dan mendapat pulangan yang memuaskan adalah HAS Production.

HAS Production merupakan satu produksi video yang membantu pemilik bisnes dan syarikat menghasilkan video pemasaran viral dan berimpak tinggi. 

Pengalaman HAS Production tidak terhad dalam video pemasaran saja malah dalam video korporat, persendirian dan juga agensi kerajaan.

Kebanyakan video hasil HAS Production menunjukkan 100% keberkesanan dalam meningkatkan hasil jualan produk!

Yang paling menarik, video HAS Production akan bantu bisnes anda kekal relevan pada masa akan datang. 

Dapatkan Konsultasi HAS Production Sekarang! 

By |2022-01-11T12:13:37+08:00October 20th, 2021|0 Comments