‘We Educate’

– Sharing –

Digital Marketing Selangor – Cara Guna Database

S.M.A.R.T.

Cara guna database mempunyai stratergi yang luas. Bagi pemilik bisnes yang tidak menjalankan online dan digital marketing secara serius, penggunaan database merupakan satu perkara yang sering dianaktirikan. Bukan kerana penggunaannya yang sukar, tetapi lebih kepada tidak tahu bagaimana untuk menggunakan database yang ada dengan sepenuhnya. Ini dapatan kajian HAS Production dalam digital marketing di Selangor.

Semasa sesi perjumpaan BNI Solusi, seorang rakan pemilik bisnes bertanya kepada saya.

“Saya ada database banyak. Tapi tak tahu nak buat apa . . .”

Beliau memberitahu bahawa beliau mempunyai senarai pelanggan yang ramai, melebihi angka seribu. Senarai pelanggan ini direkod dengan baik. Ditambah pula dengan senarai nama yang menyertai kempen cabutan bertuah yang pernah dianjurkan.

Persoalannya, apa guna senarai banyak-banyak ni? Inilah yang akan kami kongsikan dalam artikel ‘Digital Marketing Selangor – Cara guna database!”.

DATABASE NI APA SEBENARNYA?

Kan selalu kita bersembang dengan pemilik bisnes lain tentang database.

“Bisnes sekarang kene kumpul database. . .” , sambil hirup kopi.

“Database penting untuk tingkatkan sales”, jawab konsultan dari agensi digital marketing di Selangor.

Persoalannya. .  database ni apa? Maksud database ni pelbagai mengikut tahap. Cuma dalam artikel ini, kita akan kupas bentuk database yang paling simple iaitu senarai nama dengan maklumat nombor telefon atau email.

Bagi pemilik bisnes yang menjalankan digital marketing di Selangor (bukan sahaja Selangor, tetapi di seluruh Malaysia!), proses mengumpul database seperti ini dijalankan dalam pelbagai cara. Proses mengumpul database ini juga perlu dijalankan dengan tersusun kerana database juga akan diasingkan dalam kumpulan tertentu bergantung kepada Funnel Marketing yang disusun.

DATABASE DISUSUN MENGIKUT TAHAP KEAKRABAN BISNES KITA DENGAN MEREKA.

Database perlu disusun mengikut berapa akrab hubungan bisnes kita dengan senarai database yang kita ada. Sebagai contoh :

  1. Strangers yang baru sahaja nampak iklan kita.
  2. Mereka yang sudahpun muat turun ebook kita.
  3. Peserta online class.
  4. Peserta group coaching.
  5. Prospek yang sudah menghubungi kita tetapi tidak lagi membuat keputusan membeli.
  6. Pembeli pertama.
  7. Pelanggan VIP.

Semakin akrab hubungan bisnes kita dengan mereka, semakin terperinci database yang kita terima. Sebagai contoh, mereka yang download ebook kita hanya memberikan nama, email dan nombor telefon (bonus) sahaja. Walaubagaimanapun, untuk pelanggan pertama, kita sudahpun mendapat alamat pelanggan, dan maklumat peribadi lain. Begitu juga dengan pelangan VIP. Kita siap sampai boleh tahu berapa pendapatan mereka, tarikh lahir,  minat dan kegemaran, nama isteri mereka, berapa orang anak dan pelbagai lagi.

Jadi, apa guna database dalam digital marketing? Teruskan membaca artikel Digital Marketing Selangor – Cara guna database!

TUJUAN DATABASE ADALAH MEMENDEKKAN DAN MEMUDAHKAN PROSES MENJUAL

Susunan database yang baik akan memudahkan proses Sales, Cross-Sales dan Up-Sales. Sebagai contoh, dengan mendapatkan maklumat pelanggan yang terperinci, kita tahu produk dan servis apa yang sesuai dengan mereka mengikut keperluan dan kemampuan mereka. Saya berikan contoh mudah :

  1. Mereka yang baru masuk dalam database PM messenger atau email tidak pernah membeli apa-apa. Mula berikan gula pemula dahulu. Anda boleh berikan ebook, atau produk tester, atau video percuma supaya mereka spend masa dengan produk dan servis anda. Lebih lama mereka luangkan masa, lebih tinggi potensi untuk mereka menjadi membeli.
  2. Bila mereka sudah rasa produk tester atau sudah yakin dengan tips dan nasihat melalui ebook dan video percuma, bawa mereka ke tingkat database seterusnya. Mula jual produk yang murah dahulu. Mereka sudah mempunyai keyakinan kerana sudah lebih akrab berbanding semasa mereka menjadi strangers dahulu. Maklumat mereka juga lebih terperinci.
  3. Mereka sudahpun menjadi pembeli. Mereka kini meluangkan lebih masa dan menjadi lebih akrab. Maklumat mereka boleh digunakan untuk kita jual produk/servis yang sama atau lebih tinggi nilainya. Mereka dibawa kepada tingkat seterusnya iaitu pelanggan VIP.
  4. Pelanggan VIP ni sudah akrab dengan bisnes kita. Setakat calling-calling ajak main golf tiada masalah. Mereka selesa dengan kita.

Jika mereka sendiri tidak mahu untuk pergi ke tingkat seterusnya, ini bermakna produk dan servis anda tidak diperlukan, atau mereka tidak mampu. Gunakan database ini untuk mencungkil kenapa mereka tidak membeli. Anda mungkin akan terjumpa peluang bisnes baru!

MACAM MANA NAK DAPATKAN DATABASE?

Ada pelbagai cara untuk kita dapatkan database :

  1. Anda boleh buat iklan Facebook, dan bawa mereka masuk ke PM messenger. Dari situ, gunakan tools messenger bot untuk menjadi akrab dengan mereka. Tahap ini, anda masih lagi tidak mempunyai nombor telefon dan email. Walaubagaimanapun, anda sudah boleh berinteraksi dengan kerap.
  2. Dari PM Messenger, anda umpan mereka untuk mendapatkan nombor telefon dan email. Boleh jadi bagi produk tester, atau tawarkan khidmat nasihat percuma, atau ebook percuma dan pelbagai lagi. Anda boleh bawa mereka ke telegram atau email marketing tools. Kini, anda sudah pun mendapat nombor telefon mereka dan email.
  3. Dari aspek offline marketing, anda boleh buat cabutan bertuah di premis bisnes anda. Isi form di retail outlet anda dengan pembelian tertentu. Simpan database itu dan gunakan dengan baik untuk kempen pemasaran akan datang samada secara offline atau online. Anda juga boleh jalankan kempen tukar barang lama dengan yang baru atau kempen daftar ahli.
  4. Kempen gula pemula (video percuma, ebook dan lain-lain) sesuai untuk bisnes servis dan training.

Pernah satu ketika di mana ada individu yang masukkan nombor telefon saya dan rakan-rakan BNI Solusi dalam satu group whatsapp. Dipercayai dia dapat nombor telefon dengan mengambil kad bisnes kami. Ini salah satu cara yang tidak beretika untuk mendapatkan database. Sebolehnya minta kebenaran dahulu untuk kita hantar promosi, konten dan lain-lain kepada mereka.

Mungkin anda semua sudapun buat semua ini. Cuma. .  bila dah ada database, apa nak buat selepas ini?

GUNAKAN TOOLS BROADCAST UNTUK SENTIASA BERHUBUNG!

Seperti yang saya kongsikan tadi, fungsi database adalah untuk memendekkan dan memudahkan proses jualan. Bayangkan, sekiranya anda mempunyai 1000 senarai pelanggan dengan kadar conversion 10%.

Jika jualan dari pelanggan baru menurun, anda boleh gunakan database sedia ada untuk blast promosi dan tawaran kepada 1000 senarai yang anda ada. Sekurang-kurangnya, 100 orang pasti akan membeli. Anda tidak perlu susah payah cari pelanggan dan database baru. Berikan effort kepada pelanggan sedia ada.

Kos mencari pelanggan baru, sentiasa lebih tinggi dari kekalkan pelanggan sedia ada.

Apa yang perlu kita sentiasa kemaskini adalah bagaimana untuk menambahbaik kualiti database yang ada untuk meningkatkan conversion rate jualan. Oleh itu, perlunya anda menggunakan tools atau platform yang mampu menyampaikan maklumat, tawaran dan promosi kepada senarai database yang ada. Antara platform yang anda boleh consider :

  1. Email marketing : Gunakan tools email marketing untuk sentiasa berhubung dengan database anda menggunakan email.
  2. Whatsapp Group/Telegram : Ramai pemilik bisnes menggunakan platform ini yang lebih santai dan mudah diuruskan.
  3. Messenger Bots : Bots yang dipasang di messenger, untuk sentiasa berhubung dengan prospek yang pernah PM Facebok Page kita.
  4. SMS Blast : Kaedah yang agak lama, tetapi masih releven untuk digunakan untuk bisnes-bisnes tertentu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan database ke dalam platform-platform ini, dan gunakan platform ini untuk menghangatkan hubungan bisnes anda dan senarai database yang anda ada. Rugi tak guna. Walaubagaimanapun, jangan lupa minta kebenaran mereka.

Iklan : Anda boleh klik di sini untuk belajar bagaimana menggunakan email marketing dan messenger bot.

DAH KUASAI PLATFORM DAN TOOLS BROADCAST. APA LAGI LEPAS NI?

Rumusannya, bila dah ada database, masukkan dalam platform broadcast dan cuba hubungi mereka semula. Susun database mengikut tahap keakraban bisnes anda dengan mereka. Jika larat call, call satu persatu, dan tanya khabar. Untuk bisnes seperti HAS Production yang tidak mempunyai database pelanggan yang besar, call merupakan satu cara yang lebih mesra.

Sentiasa improve senarai database untuk meningkatkan conversion rate. Jika mereka senyap sahaja dan anda rasa seperti bertepuk sebelah tangan, anda mungkin boleh consider untuk buang atau asingkan senarai nama tersebut. Jangan buang masa!

Salah seorang pelanggan kami Seni Jauhari ada berkongsi satu kempen di mana mereka get back balik pelanggan sedia ada mereka dengan memberikan hiasan kaligrafi percuma. Walaubagaimanapun, mereka perlu ambil hiasan tersebut di galeri mereka.

Hasilnya? Mereka beli hiasan kaligrafi baru yang berharga ribu-ribu semasa melawat galeri. Pulangan jauh lebih besar dari hiasan percuma yang diberikan!

Jaga pelanggan anda. Jaga database anda dengan baik. Sentiasa kemaskini dan susun ikut kategori.

Dah takde idea nak jual apa lagi kepada senarai database yang sedia ada? Cross sales produk orang lain yang menyasarkan segmen yang sama!

Insyallah akan datang, saya akan kongsikan tentang platform-platform broadcast yang boleh anda gunakan di dalam kempen online dan digital marketing anda!

Terima kasih kerana membaca artikel Digital Marketing Selangor – Cara guna database sehingga ha’base’. (pun)

Artikel oleh :

Tuan Haz

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-14T00:48:07+08:00