‘We Educate’

– Case Study  

Video viral convert? – Seyes ar?

S.M.A.R.T.

“Tuan. . .  nak selamat, tuan memang anggap kena anggap . . . video viral ni untuk awareness sahaja. Apa-apa conversion lebih dalam dari tu adalah bonus. Sebab tu tuan perlu betul-betul ready. Barulah saya senang hati nak buatkan video untuk tuan”.

Inilah jawapan yang saya berikan jika pelanggan nak buat video viral. Formula video viral berbanding video sales ni seperti rajah di bawah.

Kadar conversion untuk orang yang menoton video viral, menghubungi bisnes anda sangat tipis. Antara faktor-faktor yang kami boleh berikan termasuk :

  1. Struktur video viral mempunyai maklumat produk yang minimum. Tak sempat nak educate apa-apa kepada penonton tentang produk atau brand yang ditonjolkan.
  2. Brand tidak dikenali. Jika bisnes anda masih baru, sukar untuk penonton ambil kisah tentang bisnes anda. Mereka hanya fokus kepada penceritaan dan bukan bisnes atau brand anda. Mereka sekadar melihat logo.
  3. Audien sasaran yang umum : JIka produk bisnes anda mempunyai niche pelanggan yang spesifik dan dalam, kemungkinan video viral ini tidak akan sampai kepada mereka kerana penghasilan video viral perlu menyasarkan ‘mass audience’.
  4. Sale channel tidak disediakan : Tiada sistem yang jelas untuk memudahkan orang cari produk anda.

*HOLD MY BUBBLE TEA. KAMI MEMPUNYAI CASE STUDY UNIK UNTUK DIKONGSI

Tetapi ada 3 video viral yang telah kami kenalpasti, mendapat maklum balas yang lebih dalam. Penonton bukan sahaja menonton video!

Video di bawah kami hasilkan untuk jenama Bayulicious bagi produk makanan bahulu berinti. Produk mereka boleh didapati sekitar Lembah Klang di pasaraya Mydin. Tiada pemasaran lain yang signifikan dijalankan apabila memuatnaik video viral mereka.

Apa yang menarik, mereka melaporkan peningkatan 100% sales selepas muatnaik video dalam tempoh 1 bulan selepas video itu viral di laman sosial Facebook. Video ini mendapat 1.5 juta tontonan (500k tontonan di Facebook Page klien dan 1 juta tontonan page media Chickaboo *kini tiada) dalam tempoh 5 hari.

Video di bawah pula kami hasilkan untuk jenama Rich Cofee/ Kopi Kaya yang dimuatnaik ke Facebook Page Kopi Kaya HQ. Mereka mendapat maklum balas inkuiri yang tinggi untuk bertanya tentang produk, atau ingin menjadi ejen dan reseller produk termasuk dari Brunei!

Video ini mendapat 500 ribu tontonan dalam tempoh 30 hari, dengan bayaran ads tidak sampai RM100.

Video seterusnya kami hasilkan untuk produk jenama Eduvasia, dimuatnaik di Page Eduvasia (kini Firdaus Johari) yang mana mendapat sehingga 500 inkuiri (bukan sales) tentang produk.

Video ini mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh 1 1/2 hari, menjadikan video ini antara yang paling viral pernah dihasilkan sehingga dipilih masuk ke dalam Buletin Utama semasa isu rotan pelajar pada awal 2019.

Melalui 3 video ini, ada beberapa conversion yang diterima :

  1. Conversion ke sales (offline)
  2. Conversion kepada inkuiri (jadi ejen, tanya tentang produk, tanya harga)

APA YANG MENYEBABKAN VIDEO VIRAL CONVERT?

Convert ini tidak  sementinya kepada sales. Dari penonton menjadi pengkomen juga satu bentuk conversion yang perlu diambil kira. Link click, atau inkuiri juga perlu diambil kira agar kita tahu berapa dalam impak yang video marketing boleh berikan.

Ada 3 faktor mengapa perkara ini boleh terjadi. Anda perlu menonton kesemua video ini agar anda boleh memahami point yang diberikan dengan jelas.

  1. Produk muncul at sekurang-kurangnya 3 kali di dalam video – Produk ini digunakan oleh watak di dalam penceritaan. Watak dalam video memberikan review ringkas tentang produk yang ingin ditonjolkan. Disokong oleh product placement dan iklan ringka di bahagian ending video.
  2. Produk makanan – Jika bisnes anda dalam kategori F&B, anda boleh membuat pertimbangan untuk menghasilkan video viral kerana tidak memerlukan penjelasan yang terperinci. Bahulu dan Kopi. Apa lagi yang orang ingin tahu? Mereka nampak produk macam sedap, dan ada sedikit keistimewaan, mereka senang berminat untuk membeli.
  3. Sasaran pelanggan bisnes umum – Sasaran pelanggan tidak terlalu niche dan sesuai digunakan oleh hampir semua orang.

RUMUSAN

Penggunaan video di dalam kempen marketing boleh jadi sangat fleksibel dan kadang-kadang tidak dijangka walaupun kajian teliti telah dibuat. Sepertimana saya kongsikan dalam artikel ini, video yang sepatutnya dihasilkan untuk mendapatkan tontonan sahaja mendapat maklum balas yang lebih mendalam.

Apa yang penting adalah eksperimen dan kajian berterusan agar kita mencapai objektif kempen dengan efektif dan terancang.

Artikel ditulis oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production,

dimiliki oleh Outsoslah Sdn Bhd.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-07-02T03:19:49+08:00