‘We Educate’

– Consultation  

Video Viral – Kenapa Facebook lebih mudah viral?

S.M.A.R.T.

Video viral merupakan antara tools marketing yang sangat berkesan untuk mendapatkan reach yang maksimum dalam kempen brand awareness. Lebih ramai nampak video kita, lebih baik. Lebih ramai tonton, lebih baik. Mengikut pengalaman kami, video viral terbaik pernah kami hasilkan adalan video viral berjudul Buang, dengan jumlah tontonan terkumpul melebihi 7 juta tontonan bukan sahaja di platform Facebook Page klien, malah di Youtube dan juga di channel media lain.

Video ini dihasilkan untuk Kempen ‘Daftar Sebagai Pengundi’ di mana lebih 4 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk mengundi, tidak mendaftar sebagai pengundi. Powernya video ini, video ini menjadi faktor utama kemenangan PH pada PRU14! (nak claim tak beragak).

Video viral berjudul Cikgu Merajuk juga tidak kurang hebatnya. Mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh 2 1/2 hari (kini 4.2 juta tontonan) di Facebook Page klien (Firdaus Johari), dimuatnaik oleh page lain termasuk Facebook Page Kami Sokong PDRM dengan jumlah tontonan terkini 4.7 juta, dan mendapat liputan di Buletin Utama. Saya jangka video ini tetap akan viral semula selagimana ada isu hangat di antara pelajar, murid-murid dan ibu bapa.

APAKAH MAKSUD VIDEO VIRAL? APAKAH INDIKATORNYA?

Apakah maksud viral? Bagaimana sesuatu video itu boleh dianggap viral? Video viral dari sudut istilah (kitab al-marketing fi HAS) bermaksud video yang orang ramai share dan tonton. Walaupun jumlah tontonan tinggi adalah dari video yang reupload ke page lain dan bukan page sendiri, ianya tetap diklasifikasi sebagai viral.

Jumlah tontonan bergantung kepada KPI anda sendiri. Secara mudah, video yang mempunyai jumlah tontonan melebihi 100k views dalam tempoh kurang seminggu sudahpun diklasifikasi sebagai video viral mengikut garis panduan yang HAS Production tetapkan.

Mengapa perlu ada tempoh masa? Ini kerana mengikut pemerhatian kami, jika sesuatu video itu boleh mencapai 100K tontonan dalam tempoh kurang seminggu, jumlah tontonan video itu mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai 1 juta tontonan.

Dalam konteks artikel ini, kita akan bincangkan tentang video viral yang dihasilkan khas untuk tujuan marketing. Video viral seperti video orang bergaduh.. atau video isu-isu semasa tidak akan kita bincangkan kerana ianya tidak dihasilkan untuk mempromosi bisnes.

BAGAIMANA PROSES VIRAL ITU TERJADI?

Video viral mempunyai sejumlah besar audien yang berkongsi video kita kepada network mereka di platform Facebook. Perkara pertama yang mesti dilakukan adalah memastikan video yang dihasilkan mempunyai potensi viral yang tinggi. Sila rujuk dan klik di sini untuk membaca artikel Video Marketing Viral – Bagaimana untuk dihasilkan? 

Di dalam artikel tersebut, perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan audien lapisan pertama, berminat untuk klik, tonton sampai habis dan seterusnya kongsikan video kita kepada lebih ramai audien.

Perlu diingat, bahawa audien lapisan pertama ini merupakan tentera siber frontliners yang akan menyebarkan video kita kepada audien lapisan kedua, dan seterusnya.

Secara mudah, apabila 100 orang pertama yang nampak dan menonton video kita, perlu ada sejumlah besar dari mereka untuk bersetuju dengan mesej video dan kongsikan kepada 100 orang network mereka. Jadi, capaian video itu akan berlipat kali ganda selagi mana ada sejumlah penonton yang cukup untuk berkongsi video kita. (semua ini ditentukan oleh algoritma Facebook sendiri) Akhir sekali, video itu akan meletop dengan mudah.

Proses ini perlu berjalan dengan laju. Disebabkan itu juga saya menyarankan untuk share sebanyak mungkin video yang dihasilkan dan sekiranya ada bajet, gunakan Facebook Ads. Hari pertama sangat penting untuk menentukan samada Facebook akan memberikan lebih engagement kepada video tersebut atau sebaliknya.

p/s : anda juga boleh blast video anda dalam database messenger facebook page anda menggunakan messenger bot. Klik di sini untuk belajar caranya.

Jika setiap lapisan audien mempunyai sejumlah kecil sahaja yang sudi berkongsi video kita. . maka lama kelamaan, jumlah kongsi video akan semakin berkurang dan akhirnya mati. Disebabkan itu juga, kebiasaannya, kami akan menjadikan segmen-segmen penonton yang sensitif seperti kaum wanita, kaum isteri, golongan pekerja makan gaji, golongan ibu bapa, atau golongan guru untuk dijadikan sebagai watak utama atau audien sasaran lapisan pertama. Mereka ini  lebih sensitif dan tidak terlalu niche.

MENGAPA PLATFORM FACEBOOK LEBIH MUDAH VIRAL?

Jawapannya mudah. Facebook mempunyai butang kongsi yang sangat mudah digunakan, dan efektif. Berbanding sistem Instagram dan Youtube di mana jika anda berminat dengan video tersebut, anda tidak boleh kongsikan video itu dengan mudah kepada user lain dalam platform yang sama.

Disebabkan perkara ini, lebih mudah untuk kita menjangka potensi viral sesebuah video di platform Facebook berbanding platform lain. Sebagai contoh, sekiranya jumlah share adalah sama atau lebih tinggi dari jumlah like dalam hari pertama video itu dimuatnaik, kemungkinan video itu untuk mendapat 1 juta tontonan lebih tinggi. Jika 1 jam pertama pun jumlah share lebih rendah dari jumlah like. . . maka ucapkanlah syukur dan hasilkan video yang baru!

Dengan butang share ini juga, jumlah like, followers atau subscriber yang sedikit tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi. Walaubagaimanapun, perkara ini tetap membantu dan ada nilai tambah. Ini yang menjadikan HAS Production memilih untuk menggunakan Facebook sebagai platform pertama untuk menghasilkan video viral.

Maksud viral di platform instagram, youtube, tik tok dan lain-lain mempunyai maksud dan tabiat yang sangat berbeza yang mungkin akan saya kongsikan dalam artikel-artikel lain pada masa akan datang.

KONTEN ADALAH SEGALANYA

Sebab itulah penting perancangan yang rapi dalam menghasilkan video viral, bermula dari penulisan skrip lagi. Siapakah audien lapisan pertama yang akan bantu kongsikan video kita? Apakah yang boleh menyebabkan mereka rasa ‘kalah’ di awal video? Mesej apa yang perlu diletakkan di akhir video?

Semua ini perlu dijawab dahulu agar video viral yang anda hasilkan. . .  benar-benar viral.

Artikel oleh :

Tuan HAZ

Creative Director,

HAS Production.

ARTIKEL SETERUSNYA. . .

Masih Berfikir?

Jika anda mahukan video seviral-viralnya, atau video yang membantu meningkatkan sales, jom ngopi dan brainstorm bersama-sama Creative Director kami!
Nak Ajak Ngopi Dulu
2020-06-12T18:35:24+08:00